Blog

When the Weather is Fine

Malam yang dingin dengan rintik hujan yang belum berhenti. Musim hujan kembali lagi. Dan sejak siang tadi, terasa nyaman dan mahu bermalas-malasan sahaja. Begitulah kita berada di negara musim Khatulistiwa. Hujan panas silih berganti. Hujan membawa kedinginan sementara di selang seli cuaca yang hangat. Cuma beberapa hari ini, banyak tempat di Malaysia dituruni hujan lebat. Hanya kita perlu berhati-hati apabila tiba musim ini dan banyak berdoa supaya tiada bah yang besar.

Menonton Kdrama When the Weather is Fine dengan latar musim sejuk bergantian dengan musim bunga. Terselit juga susana musim luruh dengan dedaun berwarna kuning jingga. Drama ini mengisahkan Hae Won dan Eun Sob yang bertemu semula apabila Hae Won pulang ke kampung. Hae Won mahu mengubati kekecewaan dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah inap yang dijaga oleh makciknya.

Eun Sob dan Hae Won mempunyai kisah lampau yang menyakitkan. Dalam drama ini, mereka berdua berusaha melaluinya dengan cara tersendiri.

Apakah yang menarik dalam drama ini?

  1. Dua insan yang bertemu semula dan menjalani kisah cinta yang manis. Seorang yang pendiam dan menyimpan rasa dan seorang lagi mula menyedari tentang kewujudan cinta yang selama ini mengikutinya.
  2. Eun Sob mengusahkan sebuah kedai buku yang dinamakan Goodnight Bookstore. Setiap minggu mereka mengadakan perjumpaan dan berkongsi tentang buku kegemaran seperti puisi, kisah hero dan sebagainya. Ahli yang hadir mempunyai pelbagai latar belakang dan masing-masing cintakan buku.
  3. Makcik Hae Won, seorang novelis yang memutuskan untuk tinggal di kampung. Kisah tragis yang berlaku menyebabkan dia hidup sendiri dan melaluinya sendiri dengan penuh penyesalan.
  4. Kedinginan musim sejuk dihangatkan dengan perasaan cinta antara Hae Won dan Eun Sob. Hae Won mengakui yang Eun Sob walaupun pendiam namun seorang yang menyentuh hatinya. Dia tidak dapat tidak jatuh cinta pada bekas rakan sekelasnya itu.
  5. Eun Sob menulis tentang kekasih hatinya yang digelarkan Irene di blog Goodnight Bookstore. Ini adalah cara Eun Sob meluahkan perasaannya.
  6. Eun Sob dijaga oleh keluarga angkat seperti anaknya sendiri. Ibu angkatnya sangat menyayangi Eun Sob dan akhirnya Eun Sob menghadiahkan sesuatu yang membuatkan ibunya terharu.
  7. Watak-watak lain dalam drama ini turut menjadikan ia lebih menarik seperti sahabat Eun Sob, Jung Woo yang bijak di sekolah dan universiti tapi memilih untuk berkhidmat di kampung halaman. Katanya, hidup yang rutin dan tenang ini membuatkan dirinya lebih bahagia.

Saya ingin kongsikan satu puisi yang dibacakan dalam pertemuan mingguan di Goodnight Bookstore.

To the Daffodil

Don’t cry
To be lonely is to be human
To live is to endure loneliness
Don’t wait for the call that never comes
The black-chested sandpiper in the reap field is watching you
Sometimes even diety cries from loneliness
Birds sit on branches because they’re lonely
You sit by the water because you’re lonely
The mountain shadow comes down to the village once a day because it’s lonely
The peal of bells rings out because it too is lonely.

by Jeong Ho Seong

Kita belajar mengenai kehilangan dan kesunyian, dan berdepan dengannya. Sampai suatu masa insan yang kita sayangi dan hargai akan kembali lagi menghangatkan musim yang dingin dan indah.

Mencari kebahagiaan memerlukan kesungguhan dan ia menjadi hadiah paling bermakna buat diri menghadapi hidup yang penuh liku dan cabaran.

That’s what happiness is like.
It’s a difficult thing.

But even when you open your eyes in the morning to begin your days and quietly live your life today, you may be achieving that difficult thing and making someone happy at this moment.

To some, you are someone to be thankful for. You may not realize it, but just by living like this, you should know you have done a great job.

We feel thankful to you. And we wish you a good night.

– When the Weather is Fine, ep 16.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial