Categories
Umum

Why people come into your life?

Orang yang hadir dalam hidup kita boleh jadi kenalan. Daripada seorang kenalan boleh jadi sahabat. Daripada seorang kenalan boleh jadi sekadar kenalan. Malahan ada yang patut dijauhi.

Seorang sahabat mengatakan, jika kita menemukan orang yang sering merendahkan kita dan sentiasa merasa dirinya bagus, maka orang sebegini hanya layak sebagai kenalan. Sikapnya dijadikan sempadan. Suatu hari nanti, kita jangan pula mengambil sikap yang sama.

Ada orang yang kita temukan, menjadi kawan atas sebab kawan yang lain. Kemudian, menjadi sahabat yang boleh kita percayakan.

Ada orang yang kita dapat rasakan keikhlasan bersahabat. Tapi ini kita tak akan dapat tahu dalam masa yang singkat. Persahabatan mengambil masa.

Ada orang yang pertama kali kita berjumpa, kita sudah merasa selesa. Tapi jangan cepat meletak percaya. Setiap orang yang kita temui pasti ada sebabnya dia hadir dalam hidup kita.

Boleh jadi dia sahabat yang akan menjadi pendengar setia.

Boleh jadi dia sahabat yang menjadi pendorong.

Boleh jadi dia sahabat yang menegur kesilapan dengan ikhlas.

Boleh jadi dia sahabat yang menerima kita seadanya.

Sahabat yang tahu kita tetap mengingati dirinya walaupun tidak ber’whatapps’ selalu.

Sahabat yang tahu bila kita memerlukan seseorang sebagai pendengar.

Atau sahabat yang sudi berada bersama kita susah atau senang.

Kepada sahabat yang hadir dalam hidup saya, terima kasih.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *