Gaya Hidup,  Umum

You Can Be A Fan. Do Not Be A Fanatic.

Saya memikirkan satu hal. Di kala jerebu melanda negara kita dan negara jiran. Tapi bukan hal jerebu. Walaupun jerebu ini buat mata saya pedih dan berasa kasihan dengan anak-anak yang perlu ke sekolah (namun kemudian diberi cuti juga).

You can be a fan. Do not be a fanatic. Our society now become obsessed with social media celebrities and entrepreneurs, they accept what those people say as the truth, good and great. They buy their ‘ideas’ and they buy their goods and products, so easily they (the fanatics) become broke and the celebrities become super rich.

Saya pernah menyarankan supaya berhenti mengikuti orang berpengaruh secara membuta tuli. Teknologi media sosial meluaskan capaian dengan pantas sekali. Idea senang disebarkan. Produk senang dijual. Mudah sekali memanipulasi dan mempergunakan pengikut. Menukar mereka menjadi peminat tegar. Jual dan jual dan jual lagi.

Apa yang berlaku

Orang popular mengumpul peminat melalui akaun media sosial mereka. Tak kira Instagram atau Facebook. Memberi ‘feeds’ yang disukai peminat. Memberi ‘selfie’ yang memberi gambaran hebat. Memberi kata-kata perangsang supaya peminat buat kebaikan. And one day, boom!

Orang popular kata:
‘I have a surprise for you.’
‘I want to appreciate my fans and followers.’
‘I have benefited from this and that. I want to share with you.’

Sounds familiar? So familiar that you can find it so easily in your Instagram timeline.

And you know what, you have to pay for this surprise. Nothing comes free.

Dia puji peminat yang setia. Peminat yang beri sokongan. Peminat yang sudi jadi peguam bela apabila ada ‘haters’ yang menyerang. Wah, hebat betul kumpulan peminat ini.

Ada peluang, apa sahaja yang dia jual ada peminat yang sedia membeli dan membayar sejumlah wang. Pada dia tak salah. Dia hanya ‘menjual’ kepada peminat. Peduli dengan ‘haters’ atau bukan peminat.

Peminat (fan) yang sudah menjadi peminat tegar (fanatic) menjadi orang pertama yang akan membeli produk mereka. Seolah terpukau, seolah terpana, seolah teramat kagum. Peminat tegar akan membenarkan tindakan mereka untuk menjadi orang pertama mendapatkan produk yang dijual selebriti kesayangan. Mustahil orang popular ini nak menipu mereka.

Dalam pemasaran biasa disebut, menjual tanpa menjual (sell without selling).

Jual produk kategori kecantikan, kesihatan, pakaian dan pendidikan. Empat kategori utama ini memang ada pembeli. Cuma pakejnya bagaimana. Dijenamakan, diberi nama ‘catchy’ dan kadang kala buruk kedengarannya. But who cares?

Contoh

T’Neeq
Pereka fesyen terkenal melancarkan produk kesihatan berasaskan tomato. Harganya RM229 untuk sebotol suplemen yang mengandungi 50 biji tablet. Jadi ejen, bayar RM150.

Macam mana nak menyebut T’Neeq? Cuba.

Sebutnya seperti ‘tahnik’. Adik saya beritahu pengasas produk ada sebut dalam satu videonya. Nampak Islamik. Guna perkataan Arab. Siap ada sebut tentang Nabi mentahnik bayi.

Kandungan suplemen ini antaranya tomato, Vitamin C dan coenzyme Q10. Tomato saya selalu beli di pasar raya. Vitamin C dan Q10 banyak juga dijual over-the-counter di farmasi, Watsons atau Guardian. Jadi, perlukah membayar RM229 untuk dapatkan kulit cantik mulus tulus seperti si pereka fesyen?

Pengasas produk ini akan guna alasan bantu orang meniaga. Nampak baik kan. Percaya baik. Peminat tegar akan kata baik. Beli. Pengasas produk semakin tebal poketnya. Peminat semakin nipis poketnya.

Bolehlah awak nak beli. Tapi jangan harap dalam masa seminggu kulit awak boleh halus mulus macam dia. Awak selalu kan perhati gaya hidup dia. Itulah hasilnya. Bukan sehari dua atau duit yang sikit dilaburkan untuk menjaga penampilan sebagai selebriti.

Dia dah berjaya sebagai pereka fesyen dan pereka hiasan dalaman. Sekarang mahu jual suplemen pula. Memang lubuk duit. Sebenarnya dia tamak kan. Ah… ada fanatic yang akan marah saya. Dia cuma suka berniaga. Saya pasti itu ayat bela diri yang akan disebut-sebut golongan ini.

Dan saya tak nak sebut tentang keberkesanan ubat. Bukan bidang saya.

Caprice
Caprice is cancelled.

Saya terkejut apabila dia melibatkan diri dalam industri vape. Memang promosi habis-habisan. Ikon anak muda katanya. Selalu ke sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk beri ceramah motivasi. Kenapa nak masuk industri vape? Because this is where the money is. Dia cakap terang-terang dalam posting di Facebook.

Tiada yang bagusnya dengan vape ini. Vape atau rokok hanya mengulit ego seseorang yang mahu kelihatan cool. Sedangkan dia merosakkan anggota badan dan membahayakan orang sekeliling.

Unethical.

Duck
Saya fan Vivy Yusof. Tapi saya bukan fanatic. Saya tak pernah beli produk Duck sama ada tudung, beg atau kosmetik.

Saya ramai kenalan yang beli tudung Duck. Tiada masalah. Tapi menjadi masalah apabila setiap kali keluar rekaan baru, fanatic mesti berebut-rebut untuk beli. Mesti ada koleksi. Mesti ada Duck Tower. Mesti lengkap. Satu kegilaan dan fan base yang kuat. And she makes money. A lot of money.

This is consumerism. Think about it. Are you buying for your needs? Or are you buying for the sake of buying and FOMO (fear of missing out)?

Metamorfosis
Ini program self development. Saya ada menyertai kelas online. Tapi setakat itu sahaja. Hebatnya program ini, sekali dia buka penyertaan sold out dalam masa beberapa minit sahaja. Saya terfikir juga nak daftar seminar. Namun, memikirkan ribuan peserta yang akan hadir saya batalkan niat. Saya tak sukakan tempat yang sesak.

Saya tak mahu komen tentang kandungan program. Sekarang ini ia sedang dilanda kontroversi. Saya pula bukan ahli nak mengulas secara terperinci. Jika mahu tahu lebih lanjut, anda carilah sendiri.

Cuma saya mahu beri contoh dalam industri pendidikan. Orang dahagakan ilmu. Pengasas Metamorfosis berjaya bina kumpulan peminat dan peminat tegar dalam masa yang singkat. Dia tak perlu menjual. Semua slot terjual dengan pantas sekali.

Perhatikan sekeliling kita

Saya beri empat contoh sahaja di atas. Anda perhati sendiri. Obsesi dan kemaruk sebagai peminat ini semakin menjadi-jadi. Banyak buruk daripada baiknya.

Peminat menjadikan selebriti sebagai role model kejayaan dan sikap positif sehingga mengangkat role model sebagai sempurna dan semua yang dikatakan selebriti ini betul.

Peminat menggemari gaya hidup selebriti dan mahu menjadi seperti si dia. Cantik, menawan, bergaya dan kaya. Mahu tampil seperti di dia. Sanggup berbelanja besar di luar kemampuan.

Peminat kagum dengan penampilan selebriti yang sihat dan cantik. Peminat mahu berubah dan selebriti memberi penyelesaian melalui produk yang dijualnya. Tanpa fikir panjang dan atas dasar percaya, peminat membeli barang yang dijual.

Peminat percaya selebriti adalah orang yang baik dan menyebar kebaikan. Peminat terlalu percaya sehingga semua perkataan selebriti diterima bulat-bulat. Peminat menjadi peguam bela media sosial.

Nampak tak betapa sakitnya masyarakat kita?

Don’t be a fanatic

Saya jumpa satu artikel di Wikipedia. Don’t be a fanatic. Artikel ini menyarankan supaya penyumbang artikel jangan jadi fanatik. Enam perkara disebut. Saya rasa relevan dalam semua keadaan.

  1. Menghormati standard biasa.
  2. Jangan terlalu taksub dengan artikel (atau selebriti, produk, servis).
  3. Jangan terlalu pasti. Kepastian yang melampau boleh menjurus kepada kepercayaan palsu atau tidak mampu untuk mendengar pandangan orang lain dengan baik hingga menyebabkan konflik.
  4. Jangan menjadi terlalu bersemangat sehingga lari daripada matlamat sebenar.
  5. Jangan berkelakuan buruk. Sikap fanatik boleh membawa kepada serangan peribadi dan melanggar tata terbit dan kesopanan.
  6. Jangan memperkecilkan orang lain. Tanya soalan untuk melihat perbezaan.

You can be a fan. Do not be a fanatic. Not only it is not healthy to your mind and body, being a fanatic also means you can be broke.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial