Blog

Zaitun

Walaupun jarang menggunakan minyak zaitun, tetap ada sebotol disimpan. Sesekali teringin nak makan aglio olio, boleh guna minyak zaitun. Atau nak gril salmon, boleh oleskan minyak zaitun sedikit dan gril dengan kuali tak lekat.

Ada juga yang menyarankan minum sesudu minyak zaitun setiap hari. Tapi saya belum sanggup lagi. Setakat guna dalam masakan dah biasa. Saya teringat seorang pensyarah kami yang berasal dari Pakistan. Dia mengajar subjek IRK (Islamic Revealed Knowledge). Dia pernah berkongsi amalan minum sesudu minyak zaitun dan madu setiap pagi.

Semasa ke Sydney bulan Oktober 2018, kami mengikuti tour guide, En Firdaus untuk melawat Canberra. Dalam perjalanan, En Firdaus membawa kami ke salah sebuah ladang zaitun. Sayangnya, waktu itu bukan musim pokok zaitun berbuah. Cuma dapatlah kami merakam gambar buat kenangan.

Dalam al-Quran disebutkan tentang keistimewaan pokok zaitun dan minyak zaitun yang cerah bersinar. Ini bermaksud zaitun memang bermanfaat buat manusia. Zaitun boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Setakat ini saya pernah makan buah zaitun hitam. Mungkin satu hari nanti jika saya ke Turki atau negara Eropah, saya dapat belajar makan buah zaitun mengikut budaya mereka.

Saya nak kongsi 10 manfaat zaitun. Artikel asal boleh dibaca di sini.

1 – Antioksidan
Buah zaitun kaya antioksidan yang meneutralkan radikal bebas yang terhasil dalam badan kita. Radikal bebas ini boleh menjadi sangat reaktif dan merosakkan sel dalam badan. Jadi, antioksidan akan mengurangkan kesan radikal bebas.

2 – Rendah kalori
Sebiji zaitun mengandungi 7 kalori sahaja. Makan buah zaitun akan membakar lebih banyak kalori berbanding jumlah kalori daripadanya.

3 – Lemak yang bagus
Kandungan lemak mono tak tepu (monounsaturated) meningkatkan kolesterol yang baik dalam badan.

4 – Memori
Zaitun mengandungi polifenol, bahan kimia semula jadi yang mengurangkan tekanan pada otak. Makan buah zaitun setiap hari dapat menguatkan memori anda.

5 – Kecantikan
Kulit menjadi lembut dan sihat kerana zaitun mengandungi asid oleic.

6 – Mengawal selera makan
Makan beberapa biji buah zaitun sebelum makan, anda dapat mengawal selera makan kerana asid lemak mono tak tepu melambatkan proses pencernaan dan membuat anda rasa kenyang.

7 – Mengurangkan rasa sakit
Minyak zaitun mengandungi oleocanthal, bahan antiradang yang boleh bertindak sebagai Ibuprofen semula jadi.

8 – Antikanser
Zaitun makanan yang kaya dengan antioksidan dan antiradang menjadikan ia makanan yang baik untuk mengelakkan kanser.

9 – Vitamin E
Zaitun adalah sumber Vitamin E yang bagus dan dapat meneutralkan radikal bebas dalam lemak tubuh badan kita. Kajian menunjukkan zaitun dan minyak zaitun mengurangkan risiko kanser usus.

10 – Fiber
Zaitun mengandungi fiber yang mencukupi dalam diet.

Sekarang saya rasa nak beli sebotol buah zaitun dan cuba makan setiap hari. Anda pula bagaimana?

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBukuVlogCoklatLautMalam, Hijau

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial