Pelaburan

Zakat untuk Saham

Kadar zakat perak sama seperti emas iaitu 2.5%. Kadar nisab sahaja perak ialah 200 dirham atau 595 gram.
Apabila cukup setahun simpan jongkong/wafer/syiling perak dan cukup nisab, maka zakat yang perlu dibayar ialah 2.5% daripada nilai perak.

Bagaimana pula zakat untuk saham?
Kadar zakat sama iaitu 2.5%.

Ada dua jenis pemegang saham iaitu pelabur dan ‘trader’. Pelabur biasanya beli saham dan kemudian pegang (hold), kemudian dapat dividen. Selain dividen, pelabur dapat untung modal apabila nilai saham meningkat.

Cara kiraan zakat:
2.5% x nilai pegangan saham

Nilai pegangan saham ialah kuantiti saham (unit) x harga saham seunit.

Ada dua pendapat menentukan harga saham yang perlu diambil kira sama ada harga saham pada hari akhir cukup haul (tempoh) atau harga paling rendah dalam tempoh itu.

Contoh:
Saham FGV (Felda Global Ventures)
Harga 30 Oktober 2015: RM1.736
Harga 1 November 2016: RM1.96
10,000 unit @ RM19,600 x 2.5%

Bagi ‘trader’, kiraan zakat dibuat berdasarkan keuntungan yang dibuat atas jual beli saham berkenaan.

Contoh:
Saham SIME
Harga 4 Oktober 2015: RM7.61
Harga 1 November 2016: RM8.06
2,000 unit saham dengan keuntungan RM900.

Biasanya ‘trader’ akan melakukan banyak transaksi jual beli sepanjang tahun. Jumlah keuntungan daripada semua aktiviti ini kemudian dikumpulkan dan dibayar zakat. Jika pelabur memegang saham syarikat yang membayar zakat atas pendapatannya, maka pelabur tidak perlu membayar zakat untuk pegangan saham ini.

p.s:
Siapa melabur dalam dua syarikat yang jual minyak sawit ini pada tarikh di atas, dah buat untung modal setakat semalam.
FGV: 12.9% (setahun)
SIME: 5.9% (dalam sebulan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *