Zakat wajib atas harta anak kecil dan orang gila

Saya tertarik dengan satu artikel di Harian Metro dalam kolum Fardhu Ain pada 2 September 2014.

Artikel ini menyebut tentang kewajipan mengeluarkan zakat atas harta anak kecil apabila cukup syaratnya. Sumber menyebut Kitab Fiqah Mazhab Syafie ini berlandaskan hadith Nabi:

Sesiapa yang menjadi wali anak yatim dan menjaga hartanya hendaklah dia berniaga untuknya dan janganlah dia membiarkan harta itu begitu sahaja sehingga ia habis dimakan zakat.

Satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Syafie’ dalam al-Umm menyebit bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Niagakanlah harta anak yatim agar ia tidak habis ataupun dihabiskan oleh zakat.

Kesimpulan daripada kedua-dua hadis ini ialah:

  1. Sangat digalakkan untuk ‘meniagakan’ harta supaya ia tidak habis untuk membayar zakat sahaja. Maksudnya disini ialah supaya harta itu semakin berkembang dan lebih banyak zakat yang boleh dikeluarkan.
  2. Zakat adalah wajib keatas harta walaupun ia dimiliki oleh anak yang masuk kecil. Penjaga bertanggungjawab mengeluarkan zakat apabila cukup syaratnya.
  3. Penjaga harta anak yatim tidak boleh bersedekah secara sukarela dengan harta anak yatim.

Ulama merujuk kepada hadis ini untuk menjelaskan hukum zakat harta orang gila. Maka, zakat perlu dikeluarkan atas harta orang gila sepertimana hukum zakat harta anak kecil atau anak yatim. Zakat fitrah juga wajib dikeluarkan atas diri anak kecil dan orang gila.

Ulama membuat kesimpulan bahawa zakat bukanlah ibadah tubuh badan, ia lebih kepada ibadah keatas harta. Walaupun secara zahirnya, anak kecil dan orang gila tidak mempunyai kemampuan akal dan fikiran, zakat keatas diri dan hartanya wajib dilaksanakan apabila cukup syarat. Disinilah peranan penjaga atau wali yang amanah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *