Categories
Umum

10 Perkara yang Kita Pelajari daripada Krisis Pandemik COVID-19

Seluruh dunia merasai kesannya apabila pandemik COVID-19 melanda. Wabak yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Virus SAR-Cov2 yang merebak dengan pantas dan hosnya ialah manusia. Oleh sebab dunia yang global dan tanpa sepadan. Satu sifat manusia sebagai ‘surviving being’ adalah berusaha keras untuk melindungi diri dan masyarakat.

Pemimpin negara sehingga ke rakyat biasa bertanggungjawab memastikan wabak COVID-19 ini berakhir. Kita mahu memulakan kehidupan seperti biasa walaupun tidak akan sama lagi keadaannya. Cara hidup kita pasti akan berubah. Begitu juga dengan cara kita berfikir.

Ilmu kesihatan

  • Jaga kebersihan dan makan makanan yang tidak memudaratkan
  • Sediakan menu di rumah dengan diet yang sesuai
  • Membuat senaman ringan di rumah
  • Tidak perlu makan makanan yang manis dengan banyak
  • Faham tentang virus dan bakteria
  • Virus SARS-Cov2 menjadi punca wabak
  • Tahu secara umum tentang COVID-19
  • Perlu #stayathome to #staysafe

Ilmu kewangan

  • Berbelanja dengan bijak, utamakan keperluan berbanding kehendak
  • Rancang perbelanjaan untuk mudahkan pembelian
  • Pihak bank beri moratorium, kemudahan untuk menangguhkan bayaran pinjaman
  • Ambil peluang untuk membayar hutang yang kosnya tinggi seperti kad kredit
  • Berbincang dengan pasangan atau ahli keluarga untuk menyusun perbelanjaan
  • Berbincang dengan tuan rumah atau pemilik premis tentang sewa, jika boleh dapat pengurangan dalam tempoh krisis ini

Ilmu ekonomi

  • Wajarnya suntikan dana ke dalam masyarakat supaya ekonomi tidak collapse
  • Apabila berlaku PKP, aktiviti ekonomi banyak yang lumpuh
  • Jumlah permintaan berkurangan
  • Jumlah pembekalan terganggu
  • Ekonomi merudum seluruh dunia akibat wabak COVID-19
  • Kadar pengangguran meningkat
  • Ada industri yang terkesan hebat seperti penerbangan, pelancongan termasuk hotel
  • Perbezaan B40, M40 dan T20 dan kerajaan membuat Pakej Ransangan Ekonomi
  • Bantuan untuk SME juga diberikan

Ilmu kemanusiaan

  • Rasa empati pada golongan yang susah dan perlukan bantuan
  • Hulurkan bantuan wang, tenaga dan masa jika mampu
  • Pilih untuk duduk di rumah untuk mengurangkan risiko jangkitan
  • Rasa tanggungjawab yang tinggi sebagai ahli masyarakat
  • Fikir tentang peranan masing-masing dalam situasi krisis dan wabak
  • Mulakan dengan ahli keluarga, jiran dan orang yang dekat dengan kita

Ilmu komunikasi

  • Sampaikan perkara yang betul, jangan sebar maklumat palsu
  • Baca maklumat daripada sumber yang dipercayai
  • Menggunakan media sosial dengan bijak
  • Elakkan bertikam lidah dalam hal yang tidak berguna
  • Menghormati orang lain dalam rumah seperti pasangan, ahli keluarga atau rakan serumah

Ilmu psikologi

  • Lebih peka dengan cara kita berfikir dan belajar mengawal diri supaya tidak tertekan dalam situasi PKP
  • Lakukan perkara yang menggembirakan
  • Luahkan kerisauan pada orang yang dipercayai
  • Jangan mudah menghukum orang lain
  • Cuba mendengar apabila orang yang dekat dengan kita berkongsi masalah
  • Cari cara untuk mengurangkan tekanan dan kerisauan
  • Jika rasa sedih, ia tidak salah. Namun, jika perasaan sedih keterlaluan cepat dapatkan bantuan
  • Elakkan membaca berita yang merisaukan jika mudah rasa terganggu atau tertekan
  • Dapatkan bantuan profesional dan kaunseling jika perlu

Ilmu teknologi

  • Belajar menggunakan teknologi terkini seperti video conferencing dan online learning
  • Cuba menyesuaikan diri dengan bekerja dari rumah
  • Gunakan teknologi dengan berhati-hati untuk mengelakkan jenayah siber
  • Jangan terburu-buru mencuba semua jenis teknologi tanpa sebarang keperluan
  • Teknologi ialah alat bantuan bekerja, jangan jadikan ia menguasai hidup kita
  • Teknologi bergerak dengan pantas, namun nilai kemanusiaan mesti dipelihara
  • Menghormati rakan sekerja dalam komunikasi dalam talian dan aplikasi video

Ilmu alam sekitar

  • Betapa manusia perlu berhenti bergerak untuk sementara supaya bumi dapat pulih sedikit daripada pencemaran
  • Penggunaan bahan api yang berkurangan
  • Lebih banyak menggunakan bahan semula jadi dalam kegiatan harian
  • Mula aktiviti menanam sayuran bagi yang minat berkebun
  • Tidak berlebihan dalam aktiviti sosial hingga menggunakan sumber yang berlebihan seperti permainan bunga api
  • Bahan buangan kilang juga berkurangan dengan banyak
  • Mula menghargai alam dan sekitar kita

Ilmu sosiologi

  • Memahami fungsi masyarakat dan masalah yang timbul apabila berlaku krisis besar seperti ini
  • Pergerakan manusia secara besar-besaran boleh menyebarkan wabak
  • Mempelajari tanggungjawab sosial untuk duduk di rumah

Ilmu geopolitikal

  • Pentingnya hubungan antarabangsa supaya manusia yang dipisahkan sempadan laut dan darat masih boleh saling membantu
  • Belajar daripada negara lain tentang kawalan wabak
  • Cepat bertindak untuk melindungi rakyat dan masyarakat
  • Tindakan serius peringkat kebangsaan diperlukan
  • Wabak membuktikan tiada sebuah negara yang lebih tinggi martabatnya kerana virus boleh merebak ke mana sahaja

Ilmu perundangan

  • Wujud undang-undang untuk mengatur manusia yang kadang kala degil, fikir diri sendiri sahaja yang betul
  • Pentingnya menghormati peraturan kerajaan
  • Memahami tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang
  • Bersedia untuk dikenakan tindakan jika tidak mengikut peraturan
  • Undang-undang diwujudkan bagi menjaga kepentingan masyarakat umum

Kita jadi manusia yang berfikir dan tidak mementingkan diri. Walau hanya duduk di rumah. Kita buat sesuatu yang bermanfaat untuk menyelamatkan diri dan masyarakat.

#stayathome #fightcovid19 #dontbecovidiot

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *