Saya mulakan cabaran menulis setiap hari di blog dalam bulan Julai ini. Bulan yang istimewa. Meraikan blog norsaadah.com yang berusia 5 tahun. Saya membeli domain dan mendaftar blog ini pada bulan Jun 2014.
Memandangkan tahun-tahun lalu saya tidak begitu konsisten menulis setiap hari, jadi saya sediakan 31 perkataan pencetus idea (writing prompts) untuk entri blog bagi bulan Julai 2019.
Buat rakan pembaca dan blogger yang ingin memulakan blog anda, atau kembali menulis blog boleh gunakan 31 cadangan perkataan ini sebagai permulaan.
Cuba tulis setiap hari. Anda bebas menggantikan perkataan yang saya berikan ini dengan perkataan lain. Yang penting anda menulis setiap hari. Format blog bebas. Anda boleh menulis puisi, lagu, reviu buku yang bertemakan perkataan yang diberi atau menulis hal yang berlawan dengan perkataan itu. Contohnya: Perkataan malam, tapi anda boleh tulis tentang siang.
Saya kongsikan 31 perkataan pencetus idea untuk anda mula menulis entri di blog. Kongsikan blog anda di ruang komen atau tag saya di media sosial.

Jika anda menulis sekurang-kurangnya 500 perkataan, anda berjaya menulis 15,500 perkataan sepanjang bulan Julai 2019. Jangan lupa kongsikan dengan saya, ada hadiah menarik untuk anda.
Gunakan #julyblogposts #july2019entries untuk kongsi link di media sosial.
6 replies on “31 Perkataan Sebagai Pencetus Idea (Writing Prompts) untuk Menulis Entri di Blog Anda Dalam Bulan Julai 2019”
Baik! Saya cuba.
Nanti tag saya di FB atau share blog add ya di sini.
memandangkan sy baru terjumpa blog sis, maka sy akan jadikan cabaran bulan disember.. haha..
silakan. selamat menulis
Saya nak cuba untuk Januari 2020 :)) Terima kasih ya.
Jom tulis. Saya akan baca.