Categories
GST

Anekdot GST – Peniaga serap GST

“Meh nak bagi tau satu rahsia.”
=========================

Che Ros mengeluarkan barang runcit yang dibelinya satu persatu. Barang-barang itu akan terus dikemas dan disusun pada rak atau peti sejuk. Itu memang rutinnya setiap kali pulang membeli-belah.

“Siti, saya tak faham la. Kenapa ek ada syarikat kata mereka serap GST. Dalam resit saya tengok kita bayar cukai lagi,” bebel Cik Ros.

Siti tuang Peel Fresh dalam gelas dan meneguknya selamba.

“Meh Che Ros saya nak bagi tau rahsia. Tapi janji tau jangan bagi tau orang lain.” Siti sengaja mengusik Che Ros.

“30 Mac Che Ros beli tisu harga RM2, 1 April Che Ros beli tisu lagi sebab tisu dah habis. Harganya RM2 juga,” sambung Siti.

“Dah tu, kenapa?” Che Ros dah tak sabar.

“Ya lah. Kan Che Ros bayar nilai yang sama. RM2 jugak. Tapi harga pada 1 April dah termasuk GST. Sebelum 1 April, katalah peniaga untung RM1 untuk sekotak tisu. Pada 1 April, untung peniaga dah kurang sikit sebab GST dia tanggung.” Sambung Siti.

“Habis tu peniaga rugila. Haisshhh… Takkan la peniaga nak rugi. Che Ros tengok kita yang bayar GST. Kan dalam resit ada.” Che Ros tak puas hati.

“Dalam resit ada sebab peniaga mesti tunjukkan jumlah GST yang wujud dalam harga barang. Nanti dia kena denda pulak sebab tak ikut undang-undang. Tapi Che Ros tetap bayar nilai yang sama.” Sabarnya Siti menerangkan pada rakannya.

“Apa yang rahsianya pulak?” Che Ros makin tak sabar.

Siti sambung lagi, “Ni nak bagitau ni… Macam Che Ros cakap takkan la peniaga nak rugi. Betul la tu. Kalau rugi bungkusla bisnes dia. Cuba Che Ros bayangkan pengguna dapat tahu dia boleh berjimat bila berbelanja kat kedai ni berbanding kedai lain. Kan dah dapat pelanggan baru. Tambah lagi pelangan sedia ada jadi pelanggn setia. Mau meletop bisnes dia.”

“La … Tu je? Tu ke rahsianya?” Che Ros pandang Siti semacam.

“Ha.. Yelah .. Tulah rahsianya. Janji tau jangan bagi tau orang lain.” Siti dengan selamba menjawab sambil menghabiskan segelas Peel Fresh.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *