• Buku

    Memoir Iran Iraq Kurdistan, Siti Noridah A Rahman

    Satu lagi buku travelog yang merakamkan perjalanan ke negara dan daerah yang jarang dijejaki pelancong. Penulis yang terkenal dengan pengembaraan luar biasa ini mencatatkan travelog ringkas ke Iran dan Iraq Kurdistan. ET pernah ke Iran, dan kali kedua ini beliau merentas sempadan Iran untuk ke Erbil di Iraq Kurdistan. Melalui buku ini baru saya ketahui Iraq yang berpusat di Baghdad itu negara yang berbeza dengan Iraq Kurdistan. Dua negara yang mempunyai sejarah peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.Tahniah ET dan terima kasih menuliskan perjalanan ke dua negara ini untuk tatapan pembaca. Please follow and like us:

  • Buku

    Pulau Karang, R.M. Ballatyne

    Buku ini ialah adaptasi novel klasik oleh R.M. Ballatyne yang berjudul The Coral Island. Serasanya sesuai untuk dibaca semasa saya ke Pulau Tenggol baru-baru ini. Ia adalah naskah langka dalam simpanan sahabat saya. Jadi, apa kata saya cuba membacanya sepanjang percutian lalu. Buku ini menceritakan pengembaraan tiga orang anak muda, iaitu Ralph, Jack dan Peterkin. Ralph bertemu Jack dan Peterkin dalam sebuah pelayaran. Mereka anak kapal yang berlayar merentasi lautan. Sehingga suatu ketika berlaku tragedi yang menyebabkan mereka terdampar di sebuah pulau. Itulah Pulau Karang. Maka, bermula pengembaraan mereka di Pulau Karang. Mereka terpaksa mencari jalan untuk hidup di pulau yang sepertinya tiada manusia lain di situ. Ballatyne menggambarkan sebuah…

  • Buku

    Rak Buku Ruang Tamu

    Apa ada dengan rak buku? Satu status di Facebook menyebabkan perbincangan hangat tentang rak buku di ruang tamu. Netizen memberikan pelbagai reaksi kepada hantaran asal. Ramai juga yang berkongsi rak buku di rumah masing-masing. Kenalan dan rakan FB menunjukkan sisi mereka yang berkaitan dengan buku dan rak buku. Menarik sekali. Saya dan rakan, Zalila Isa memulakan projek untuk mengumpulkan kisah menarik tentang buku dan rak buku. Mahukah menulis bersama kami? Baca lanjut di duapenulis.com . Terma dan syarat penyertaan boleh dilihat di sini. Tarikh tutup penyertaan ialah 30 Jun 2020. Selamat menulis. Please follow and like us:

  • Buku,  Umum

    Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan – Slogan Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020

    Sengaja saya memilih tajuk ini bagi catatan pada hari ke-37 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini ialah slogan Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 yang dinobatkan secara rasmi pada 23 April 2020. Setelah kota Sharjah membawa nama Ibu Kota Buku Dunia pada tahun 2019, baton beralih tangan kepada Kuala Lumpur. Acara penutup di Sharjah dilakukan secara dalam talian dan ditayangkan secara langsung melalui media sosial malam tadi, pukul 10 malam waktu Malaysia. Sebagai salah seorang penggiat dalam industri buku sudah tentu saya menantikan kemuncak acara perasmian KLWBC 2020 (Kuala Lumpur World Book Capital) yang sepatutnya menjadi acara gilang-gemilang. Namun, ia digantikan dengan acara perasmian secara dalam talian seperti mana dilakukan…

  • Buku

    Aku Dijangkiti Kehidupan

    Aku Dijangkiti Kehidupan: Cerita-cerita Pesakit dan Perawat Psikiatri by Khairul Khairudin, Faris Nazrin, Dura Ain, Hiday, Dr Zul Azlin, Dr Mohd Hazreen, Dr Hidayah Jaris My rating: 4 of 5 stars Buku ini mengandungi empat kisah yang ditulis oleh pesakit. Mereka menghidap OCD, bipolar disorder dan major depression disorder. Pembaca dibawa untuk menyelami perasaan dan peristiwa yang dilalui oleh penulis apabila berdepan dengan cabaran dalam diri. Pada awalnya, penulis tidak menyedari yang mereka menghadapi masalah. Antara persamaan yang saya dapati ialah pesakit menyimpan perasaan atau memendam rasa yang teruk sehingga satu tahap ia tidak boleh dikawal. Bukan mudah bagi individu yang berperang dengan diri sendiri. Lukanya tidak nampak di luaran.…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial