• Blog

    Dinner Mate (32 Episod) MBC

    Dinner Mate, Kdrama yang baru sahaja tamat tayangannya di MBC pada 14 Julai 2020. Drama dengan 32 episod berdurasi 30 minit setiap episod. Saya tertarik nak menonton drama ini apabila seorang rakan berkongsi tentangnya. Wo Do Hee, penerbit rancangan online baru berpisah dengan teman lelakinya. Peristiwa ini disaksikan oleh Kim Hae Hyung, doktor psikiatri yang berada di lokasi sama. Episod pertama dimulakan dengan menarik sekali. Saya suka. Babak Do Hee di hadapan kedai barangan kemas dan membayangkan dirinya seperti Audrey Hepburn dalam filem Breakfast at Tiffany. Seperti tajuknya, Do Hee dan Dr Kim menjadi Dinner Mate selepas peristiwa di Jeju. Mereka tidak mengetahui nama dan maklumat peribadi yang lain. Tapi…

  • Blog

    Si Pari-pari

    Seperti hari-hari yang lalu, si pari-pari terbang riang apabila teja mula menghilang di kaki awan. Matahari terbenam menandakan tugas si pari-pari bermula. Dia sukakan rutin menjengah manusia-manusia kegemarannya. Melihat wajah mereka tersenyum, menandakan hari yang bahagia. Jika ada yang muram, si pari-pari akan melalui malam yang panjang. Tapi itu bukanlah hal yang menyusahkan. Cuma dia perlu pergi tepat jam 12 malam. Maka sebolehnya, si pari-pari akan menjadi pendengar yang setia. Pada malam itu, si pari-pari terbang lagi dan tujuannya ialah menjenguk Jane yang kesunyian. Jane sakit. Dia tidak bersemangat lagi untuk keluar rumah dan berjumpa sahabat karibnya. Dia tidak mahu melakukan apa-apa melainkan tidur. Tapi, apabila si pari-pari datang Jane…

  • Blog,  Penulisan

    Pencetus Idea Julai 2020

    Selamat datang Julai. Sudah masuk hari ke-7. Nampaknya saya terlewat menyediakan writing prompts atau pencetus idea. Boleh dikatakan bulan ini ialah ulangtahun #blogchallenge yang saya mulakan dengan 31 pencetus idea buat rakan blogger yang berminat menyertai. Saya terjumpa senarai pencetus idea yang menarik disediakan oleh ‘M’ dalam blog ini. Saya tukarkan ke bahasa Melayu. 31 Pencetus Idea Julai 2020 Halaman hati yang bersuara Metropolitan di awangan Magika rembulan yang berbalam Kembang sempurna Pedih tersingkir Naga di tab mandian Gerobok mewah Jika kita mampu… Cahaya fajar Sisa-sisa kesesalan Sang pembunuh tivi plasma Si larva yang memaksaku Panggil tukang paip; aku buntu Jangan katakan ia takdir Maaf, aku perlukan secangkir kopi Secarik…

  • Blog

    Si Rajawali

    Marak pawaka panas hawanyaSenang merebak tatkala tuarangUsah berkata tanpa fikirnyaSusah kelak membawa malang. Kelemayar senja di kaki langitTerbias teja di muka segaraUsah teruja usah membingitKelak kecewa tambah merana. Si rajawali terbang tinggiSelebu membadai janganlah taufanSang penguasa yang lupa diriUsah bingai nanti dilawan. 10 Jan 2020Johor Bahru. #writingpromptjanuary2020 Please follow and like us:

  • Blog

    Si Puspa

    Puspa berputik dihembus pawanaUnggas berkicau pemecah sunyiSetiap detik rasa terpanaPabila dikau berada di sisi. Awan mendung jentayu bersahutanHujan turun menyejuk bumiHati dirundung sayu merindukanJauh di mata dekat di hati. Pohon cendana kukuh berdiriKayunya utuh jadi pilihanEntahkan cinta entahkan benciDalam hati semakin rawan. Johor Bahru.6 Januari 2020 #writingpromptsjanuary Please follow and like us:

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial