• Umum

    Refleksi Diri

    Bertambah lagi usia, bermaksud masa juga semakin suntuk untuk hidup lebih baik. Menjadi yang lebih baik. Sekiranya dunia tidak menghadapi pandemik yang mengubah cara hidup kita, kemungkinan saya sudah berada di Madinah/Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji. Namun, kita menerima takdir dengan rasa syukur dan melihat kembali persediaan diri ini. Secara peribadi, ia satu peringatan supaya saya tidak terus leka dan meningkatkan usaha untuk bersedia dari segala segi dan jika diizinkan Tuhan, dapatlah pergi tahun hadapan. Maka, kita berdoa diberikan rezeki masa, kesihatan dan kewangan pada hari-hari, bulan-bulan dan tahun-tahun yang mendatang. Tahun 2020 menguji kita tentang ketahanan diri dan rasa bersyukur, berterima kasih dengan orang-orang yang hadir dalam hidup kita.…

  • Umum

    What Will I Do Without You

    What will I do without you. Satu penyataan dan bukan persoalan. Rasa ditinggalkan menyebabkan kekecewaan dan seolah diri tidak disayangi lagi. Seolah hari-hari mendatang tiada lagi sinar harapan. Apatah lagi sekelumit cahaya kebahagiaan. Namun, jika ia satu persoalan: What will I do without you? Jawapannya: Banyak. Senang menyebut tapi sukar dibuat. Ia tak bermaksud mustahil. Perhubungan bersifat dinamik dan perasaan cinta boleh berubah. Cinta yang berputik boleh terus mekar dan membahagiakan. Sebaliknya juga, cinta boleh pudar dan tiada lagi rasa menyayangi. Yang tinggal mungkin simpati. Ia tidak bermaksud benci. Usah paksakan diri dan memaksakan perasaan cinta dan sayang pada yang lain. Kerana kelukaan akan menjadi lebih dalam. Takut nanti memakan…

  • Umum

    Raya Cara Kita – Kekalkan Jarak Jauh Tapi Dekat Di Hati

    Aidilfitri serasa tak sempurna tanpa berkunjungan ke rumah jiran tetangga mahupun saudara-mara. Namun, itu yang perlu kita lakukan pada tahun ini. Sama seperti keluarga saya. Sebahagiannya berada di Lembah Klang dan kami berada di Johor Bahru. Menjadi kebiasaan bagi tahun-tahun yang lalu untuk kami berkumpul di Johor Bahru. Tapi tidak kali ini. Nasihat untuk tidak berziarah seperti selalu mesti dipatuhi bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Masih lagi menyediakan juadah raya. Tidak banyak seperti biasa. Secukupnya untuk tiga keluarga yang meraikan di Johor Bahru. Kami berkumpul di rumah kakak saya. Masak lauk raya yang selalu kami nikmati seperti ayam sambal, sambal goreng dan lemak kacang mata hitam (black-eyed peas) dengan petai.…

  • Umum

    Aidilfitri 1441H/2020M dengan Kelaziman Baharu

    Malam terakhir Ramadan. Esok hari ke-30 kita berpuasa tahun ini, 1441 Hijrah yang pastinya memberikan ingatan yang sama sekali berbeza berbanding tahun-tahun yang lalu. Kita berdepan pandemik COVID-19 dan cabaran ekonomi di waktu yang sukar ini. Tidak dapat mencatat banyak di sini. Tapi banyak hal yang difikirkan sepanjang tempoh PKP dan sekarang PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020. Itupun, jika ia tidak dilanjutkan ke suatu tempoh. Tahun ini, sambutan raya dibuat sederhana sahaja. Saya tidak membeli baju baharu. Saya pun tidak ingat bila kali akhir membeli baju baharu untuk dipakai pada pagi hari raya. Tidak terfikir pula mahu membeli baju secara online. Secara peribadi, tidak gemar memilih baju…

  • Umum

    COVID-19: Pandemik yang Memberi Kesedaran dalam Menghadapi Cabaran Budaya Norma Baharu

    Setiap hari laporan COVID-19 menunjukkan penurunan kes positif kepada jumlah kurang daripada 150 kes sejak hampir seminggu lalu. Lebih 40 hari dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan, adakah kita sudah bersedia untuk fasa seterusnya? Orang dah mula keluar. Ramai yang menantikan kelonggaran diberi. Namun, ramai juga yang tidak setuju dengan PKPB. Apa yang kita perlu buat? Tanyalah diri sendiri. Apakah norma baharu? Norma atau kebiasaan yang baharu menggantikan cara atau gaya hidup sebelum ini. Pandemik Covid-19 memaksa manusia mencari jalan untuk meneruskan hidup dengan cara berbeza. 1. Bekerja dari rumah Bekerja dari rumah mula diterima sebagai salah satu pilihan untuk melaksanakan tugas. Sebelum pandemik ini berlaku, sudah ramai yang membuat kerja…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial