Categories
Fotografi

Johor Bahru KM0

Selamat datang Februari. Tahun ini istimewa kerana 2020 ialah tahun lompat. Ada 29 hari dalam bulan ini. Bagi yang lahir pada 29 Februari, mereka dapat meraikannya dengan sesuatu yang istimewa.

Saya mulakan Februari dengan menyertai coaching street photography bersama Zanariah Salam. Lokasinya di sekitar bandaraya Johor Bahru. Kami berkumpul di Galeria Kotaraya.

Sebelum ini pernah juga datang ke sini, tapi sudah tentu tidak semua sudut dan ceruk dapat dirakam dengan kamera telefon. Suasana juga berbeza kerana inilah kelebihan street photography. Walaupun, kita datang ke tempat yang sama, mungkin karakter yang kita temui berbeza sama sekali.

Old Chinese Temple Johor Bahru

Mood perayaan Tahun Baru Cina masih lagi berlangsung. Kali ini nampaknya petugas di Old Chinese Temple sedang bersedia untuk Chingay yang akan berlangsung minggu hadapan.

Tokong yang berusia lebih 140 tahun ini menjadi tumpuan apabila diadakan acara Chingay.

Kontena dengan seni grafitti

Sekitar jalan berhampiran Jalan Dhoby ini menjadi tarikan kerana terdapat struktur dengan seni seperti ini. Bangunan kedai lama diubah suai menjadi restoran hispter di tengah bandar.

Tidak salah menjadi ‘lain’. Rezeki untuk semua.

Kawasan ini sememangnya menjadi tempat ‘lepak’ kumpulan merpati. Ada sahaja insan yang murah hati untuk memberi mereka makan jagung. Cuma hati-hati di sini jika anda alah kepada bulu burung dan habuk.

Jalan ini berhampiran Pasar Karat. Bazar yang mengumpulkan penjaja barang rare dan meriah pada waktu malam.

Di sinilah KM0 Benua Asia

Jika anda ke Johor Bahru, jalan lupa OOTD di KM0. Lokasinya tidak jauh dari Pejabat Pos dengan poskod 80000.

Terima kasih Cikgu Zanariah Salam. Seronok bertemu kenalan baru yang mempunyai minat yang sama. Tahun ini, saya mahu belajar lebih banyak tentang fotografi.

Please follow and like us:

One reply on “Johor Bahru KM0”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *