Categories
Aktiviti

Komuniti Buku: Kelab Untuk Dunia Ohsem berSama (KUDOS)

Tahun demi tahun Facebook memories mengingatkan tarikh 20 Januari 2017, hari kami melancarkan kedai online Dua Penulis. Bulan ini meraikan tahun keempat kedai buku yang menyenaraikan buku karya saya dan sahabat saya, Dr Noor Hayati Yasmin. Melihat kembali memori ini menerbitkan satu rasa syukur dan bangga sekaligus.

Kami memutuskan untuk membuka kedai online bagi menguruskan penjualan buku-buku kami. Ketika itu, saya ingat sudah ada 10 judul buku saya dan sahabat saya ini. Sebenarnya tidak menyangka yang kami masih meneruskan bisnes buku kerana minat masing-masing.

Seperti sebuah kebetulan yang menyenangkan, bulan Januari 2021 syarikat kami, Dua Penulis dan Kasi Terbit bergabung untuk menubuhkan kelab pembaca dan penyokong buku-buku terbitan kami. Sudah tiba masanya melangkah lagi untuk memulakan sebuah komuniti buku dengan minat yang sama.

Pandemik yang melanda tidak menghalang kita untuk mencuba sesuatu yang baharu. Inilah cabaran yang saya ambil. Sudah tentu akan ada halangan, mahupun risiko. Tapi ini adalah ruang untuk kita berkembang.

Idea menubuhkan komuniti buku ini melalui proses perbincangan yang agak panjang. Nak memilih nama pun seolah memilih nama anak gayanya. Sehingga kami memutuskan nama KUDOS. Ya, kudos seperti yang sering kita ucapkan apabila mencapai kejayaan.

Perkataan kudos berasal daripada bahasa Greek, kydos yang bermaksud pujian dan kehormatan. Mudah disebut dan senang difahami, kan.

Yati berseloroh tentang jenama coklat KUDOS yang pernah kita nikmati sewaktu zaman remaja dahulu. Sayangnya, coklat KUDOS tidak dikeluarkan lagi.

Tapi, kami pula yang menubuhkan KUDOS, iaitu Kelab Untuk Dunia Ohsem berSama. Satu kerjasama dengan rakan penerbit kami, Kasi Terbit yang terkenal dengan penerbitan buku-buku travel, kewangan dan hartanah.

Melihat kembali beberapa tahun ini, sememangnya banyak kerjasama yang telah kami jalinkan khususnya dalam penglibatan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sejak 2016.

2021, masuk tahun keenam kami dalam dunia penerbitan. Sudah tiba masanya untuk Dua Penulis mengumpulkan pembaca dan penggemar karya terbitan kami. Setakat ini sudah ada lebih 35 buku yang dihasilkan dalam pelbagai topik seperti kesihatan dan perubatan, self-help, minimalis, penulisan dan travel.

Jom daftar dengan mengisi borang ini. Hanya 60 saat diperlukan. Anda akan dibawa masuk ke dalam Facebook Group KUDOS. Kita akan bergabung dengan geng buku dengan minat yang sama. Ahli akan mendapat diskaun istimewa untuk pembelian buku dengan kami. Dan kami akan bawakan aktiviti yang ohsem untuk anda sertai.

https://bit.ly/kudos2021

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *