Categories
Blog

Zaitun

Walaupun jarang menggunakan minyak zaitun, tetap ada sebotol disimpan. Sesekali teringin nak makan aglio olio, boleh guna minyak zaitun. Atau nak gril salmon, boleh oleskan minyak zaitun sedikit dan gril dengan kuali tak lekat.

Ada juga yang menyarankan minum sesudu minyak zaitun setiap hari. Tapi saya belum sanggup lagi. Setakat guna dalam masakan dah biasa. Saya teringat seorang pensyarah kami yang berasal dari Pakistan. Dia mengajar subjek IRK (Islamic Revealed Knowledge). Dia pernah berkongsi amalan minum sesudu minyak zaitun dan madu setiap pagi.

Semasa ke Sydney bulan Oktober 2018, kami mengikuti tour guide, En Firdaus untuk melawat Canberra. Dalam perjalanan, En Firdaus membawa kami ke salah sebuah ladang zaitun. Sayangnya, waktu itu bukan musim pokok zaitun berbuah. Cuma dapatlah kami merakam gambar buat kenangan.

Dalam al-Quran disebutkan tentang keistimewaan pokok zaitun dan minyak zaitun yang cerah bersinar. Ini bermaksud zaitun memang bermanfaat buat manusia. Zaitun boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Setakat ini saya pernah makan buah zaitun hitam. Mungkin satu hari nanti jika saya ke Turki atau negara Eropah, saya dapat belajar makan buah zaitun mengikut budaya mereka.

Saya nak kongsi 10 manfaat zaitun. Artikel asal boleh dibaca di sini.

1 – Antioksidan
Buah zaitun kaya antioksidan yang meneutralkan radikal bebas yang terhasil dalam badan kita. Radikal bebas ini boleh menjadi sangat reaktif dan merosakkan sel dalam badan. Jadi, antioksidan akan mengurangkan kesan radikal bebas.

2 – Rendah kalori
Sebiji zaitun mengandungi 7 kalori sahaja. Makan buah zaitun akan membakar lebih banyak kalori berbanding jumlah kalori daripadanya.

3 – Lemak yang bagus
Kandungan lemak mono tak tepu (monounsaturated) meningkatkan kolesterol yang baik dalam badan.

4 – Memori
Zaitun mengandungi polifenol, bahan kimia semula jadi yang mengurangkan tekanan pada otak. Makan buah zaitun setiap hari dapat menguatkan memori anda.

5 – Kecantikan
Kulit menjadi lembut dan sihat kerana zaitun mengandungi asid oleic.

6 – Mengawal selera makan
Makan beberapa biji buah zaitun sebelum makan, anda dapat mengawal selera makan kerana asid lemak mono tak tepu melambatkan proses pencernaan dan membuat anda rasa kenyang.

7 – Mengurangkan rasa sakit
Minyak zaitun mengandungi oleocanthal, bahan antiradang yang boleh bertindak sebagai Ibuprofen semula jadi.

8 – Antikanser
Zaitun makanan yang kaya dengan antioksidan dan antiradang menjadikan ia makanan yang baik untuk mengelakkan kanser.

9 – Vitamin E
Zaitun adalah sumber Vitamin E yang bagus dan dapat meneutralkan radikal bebas dalam lemak tubuh badan kita. Kajian menunjukkan zaitun dan minyak zaitun mengurangkan risiko kanser usus.

10 – Fiber
Zaitun mengandungi fiber yang mencukupi dalam diet.

Sekarang saya rasa nak beli sebotol buah zaitun dan cuba makan setiap hari. Anda pula bagaimana?

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBukuVlogCoklatLautMalam, Hijau

Please follow and like us:
Categories
Blog

Malam

Tuhan jadikan dunia ini seimbang. Habis siang berganti malam. Ada daratan dan juga lautan. Seimbang itu bukan sama berat atau sama panjang atau sama tempohnya. Namun, seimbang adalah bukti kesempurnaan.

Ada bahagian dalam dunia ini yang tidak mengalami gelap malam. Sedangkan kita di khatulistiwa menjalani waktu siang dan malam yang lebih kurang sama tempohnya. Fenomena midnight sun berlaku di hemisfera utara dan hemisfera selatan semasa musim panas.

Malam untuk berehat dan tidur. Tidur yang cukup salah satu cara untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Malahan, siapa mahu menurunkan berat badan, mestilah mengamalkan tidur yang mencukupi.

Orang yang berjaya selalu memberi saranan supaya tidur awal dan bangun awal. Hal Enrod menulis The Miracle Morning dan Robin Sharma menulis The 5 AM Club. Mereka bangun awal kerana tidur lebih awal.

Cara untuk tidur malam yang berkualiti:

1 – Tidur dan bangun pada waktu yang sama.
Kenapa kita mengalami keletihan selepas penerbangan yang lama? Apabila kita tiba di destinasi, zon waktu berbeza menyebabkan tidur kita terganggu. Ini ialah contoh perubahan kepada kitaran tidur untuk badan kita.

Cuba masuk tidur dan bangun pada waktu yang lebih kurang sama. Apabila anda mendapat tidur yang cukup, anda akan bangun seperti biasa tanpa jam loceng.

Elakkan tidur sehingga lewat siang pada hujung minggu. Selalu kita fikir, tidak mengapa bangun lewat kerana tidak perlu pergi bekerja. Sebenarnya ia menggangu kitaran tidur anda.

Jangan tidur siang (napping) yang panjang supaya anda boleh tidur menjelang malam seperti biasa.

Jika anda rasa mengantuk sebelum waktu tidur, cuba lakukan sesuatu supaya anda tidak masuk tidur lebih awal daripada biasa. Jika anda tertidur, kemungkinan anda akan terbangun di tengah malam dan sukar untuk tidur semula.

2 – Kurangkan cahaya pada waktu malam
Lebih mudah tidur dalam keadaan gelap berbanding terang. Hormon melatonin yang dirembeskan bergantung kepada pendedahan cahaya. Ia penting untuk tubuh badan kita dan mempengaruhi kitaran tidur.

Pada waktu siang, keluar dan dedahkan kulit pada cahaya matahari. Pada waktu malam, elakkan cahaya terang 1-2 jam sebelum tidur. Jangan menonton televisyen lewat malam. Elakkan membaca pada skrin telefon. Malapkan atau padam lampu supaya anda dapat tidur dengan nyenyak.

3 – Bersenam pada waktu siang
Senaman membantu anda lebih cergas. Senaman yang kerap bermanfaat untuk mengurangkan insomnia. Bersenam selama 10 minit pada waktu siang membantu anda mendapat tidur yang berkualiti.

Senaman meningkatkan metabolisme, menaikkan suhu badan dan merangsang hormon seperti kortisol. Seeloknya lakukan senaman tiga jam sebelum tidur supaya tidak mengganggu kitaran tidur anda.

4 – Kawal pemakanan anda
Hadkan pengambilan kafein dan nikotin. Pengambilan kopi boleh menyebabkan sukar tidur bagi sesetengah orang. Jadi, fahami tubuh anda.

Elakkan makanan berat dan minum air yang banyak pada waktu malam. Jika terlalu banyak minum air, anda akan kerap bangun untuk ke bilik air dan ini mengganggu tidur anda.

Kurangkan gula dan karbohidrat diproses. Kandungan gula dan karbohidrat ini boleh menyebabkan anda sukar tidur.

Dapatkan tidur yang berkualiti.

Sumber artikel di HelpGuide.

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBukuVlogCoklat, Laut

Please follow and like us: