Categories
Ekonomi

Lima Sebab Nomura Menurunkan Penilaian Malaysia – Underweight

Siapa Nomura

Dua hari lepas Nomura Global Market Research keluarkan laporan dan downgrade pasaran Malaysia kepada ‘underweight’. Ini kali kedua selepas PRU14, Malaysia diletakkan sebagai ‘neutral’.

Sebelum PRU – Overweight
Selepas PRU – Neutral
Selepas 6 bulan kerajaan baru – Underweight

Tiga jenis rating:

Overweight – Positif
Satu pasaran atau saham yang dikatakan mempunyai pencapaian bagus dan biasanya melebihi pencapaian pasaran atau saham dalam sektor yang sama.

Neutral – Biasa

Underweight – Negatif
Satu pasaran atau saham yang lemah akibat pendapatan yang berkurang atau polisi atau keputusan syarikat yang tidak menyokong perkembangan satu pasaran atau saham

Nomura sebuah syarikat Jepun yang mempunyai pengalaman lebih 100 tahun dalam bidang kewangan dan pelaburan. Penyelidikan mereka meliputi pasaran global termasuk Malaysia dan Asia Tenggara.

Apabila Malaysia diletakkan sebagai ‘underweight’, ini bermaksud pasaran atau ekonomi Malaysia dah tak menarik lagi untuk pelabur.

Laporan Nomura ini bukan dibuat saja-saja nak menakutkan pelabur. Itu memang kerja mereka buat kajian berdasarkan pencapaian dan polisi negara termasuk negara di Asia Tenggara.

Antara sebab mereka downgrade adalah tiada pelaksanaan dasar yang kukuh dan kelemahan dasar fiskal. Selepas lebih enam bulan masih tak nampak lagi apa kerajaan baru nak buat untuk mengembangkan ekonomi Malaysia.

Pendapatan negara berkurangan sebab GST dimansuhkan. Nomura berpendapat ini langkah yang buruk. Harga minyak juga jatuh di bawah USD70 dan sekarang dalam lingkungan USD50.

Jadi, mereka jangkakan defisit negara akan mencecah 3.7% berbanding 3.4% yang dianggarkan oleh kerajaan.

KLCI juga dah jatuh hampir 200 mata sejak Mei 2018.

Lima sebab Nomura meletakkan penilaian ‘underweight’ pada pasaran Malaysia

  1. Kemungkinan penurunan penilaian kredit negara (sovereign)
  2. Perubahan struktur ekonomi yang perlahan/lemah
  3. Fiskal defisit yang berkemungkinan meningakat
  4. Profil pertumbuhan keuntungan/pendapatan yang lemah
  5. Risiko politik yang meningkat

Laporan The Edge, Asia Nikkei dan CNBC

Please follow and like us:
Categories
Ekonomi

GST: Betul ke harga naik 20-30 peratus kerana GST?

“Betul ke harga barang yang dikenakan GST akan berganda sehinga 24% ke 30% atau lebih?”


Harga barang naik dipengaruhi banyak faktor, bukan disebabkan cukai sahaja.

GST ialah cukai nilai tambah, cukai dikenakan ke atas nilai tambah setiap peringkat rantaian pembekalan. Cukai ini ditanggung pengguna.

Pengilang – Pemborong – Peruncit – Pengguna
Jika kos bahan mentah, gaji dan kos operasi pada harga sama, GST adalah 6% sahaja sepanjang rantaian pembekalan ini.

Pengilang, pemborong dan peruncit yang mendaftar dengan GST boleh mengutip cukai dan menuntut semula cukai yang ditanggung.

Cukai tidak boleh dikutip sesuka hati jika peniaga tidak mendaftar dengan JKD.

Contoh:
———-
Air-cond dan GST 6%
Harga kilang = RM700

Pengilang jual kepada pemborong = RM700 x 106% = RM742
GST RM42

Pemborong kepada peruncit = RM700 + RM50 = RM750
RM50 adalah keuntungan pemborong
Jumlah yang dikutip pemborong = RM750 x 106% = RM795
Pemborong kutip cukai = RM45
Pemborong tuntut cukai = RM42
Net cukai serah ke JKD = RM3

Peruncit kepada pengguna = RM750 + RM100 = RM850
RM100 adalah keuntungan peruncit
Jumlah yang dikutip peruncit = RM850 x 106% = RM901
Peruncit kutip cukai = RM51
Peruncit tuntut cukai = RM45
Net cukai serah ke JKD = RM6

Jumlah GST ke JKD = RM42 + RM3 + RM6 = RM51
Harga kepada pengguna akhir = RM850
GST yang dikutip daripada pengguna akhir = RM51

Situasi ini berlaku apabila pengilang, pemborong dan peruncit sudah mendaftar GST.

Cukai bukan kos.
.
Jika peniaga tidak mendaftar, ia akan termasuk dalam kos mereka.
Contoh: Peruncit tidak mendaftar dengan GST
Kos peruncit RM795
Untung RM100
Harga kepada pengguna = RM895
Pengguna jimat RM6.

Jika peniaga sesuka hati menaikkan harga dengan alasan GST walhal mereka boleh menuntut semula cukai ini daripada JKD, mereka yang menganiayai pengguna dan bersikap tidak jujur. Tidak dinafikan faktor lain mempengaruhi harga barangan di pasaran. Pengurusan kos dan strategi meletakkan harga amat penting untuk anda mengekalkan atau meningkatkan penguasaan di pasaran.

Untuk pengguna, berbelanja dengan bijak dan jika kita mendapati peniaga mengutip cukai tanpa lesen yang sah, adukan kepada KPDNKK dan Jabatan Kastam.
Pengguna bijak tidak akan membenarkan peniaga sesuka hati menganiayai kita.

Terima kasih membaca ‘posting’ yang panjang ini.
GST tidak dapat dielakkan.
Bertindak dengan apa yang boleh kita kawal, perbelanjaan dan penjimatan.
Sebagai penguna, kita ada hak mendapat nilai daripada apa yang kita bayar.
Dengan syarat, kita tahu apa yang kita mahu dan mampu mendapatkannya dengan nilai yang berbaloi.

* Disclaimer: Saya tidak menyokong mana-mana parti politik. Nanti ada pula yang kata saya sebelah sini sebelah sana. Dan posting ini tidak ada kena mengena dengan politik. Cuma saya ingin menjawab pertanyaan seorang sahabat yang memajukan satu posting tentang GST yang mengelirukan dan boleh menyebabkan kerisauan dan gundah gulana kepada siapa yang membacanya.

Please follow and like us: