Categories
GST

Analogi air tin – Adakah harga barang akan turun selepas SST?

Saya buat perbandingan harga air tin dengan SST dan GST. Tapi kali ini, kita anggaplah diri kita ini peniaga dan nak kira berapa margin untung bagi tetapkan harga selepas SST dilaksanakan.

Melalui contoh di atas, harga akhir yang dibayar oleh pengguna lebih rendah iaitu RM2 sahaja jika SST dikenakan sebanyak 10%. Manakala, harga dengan GST sebanyak 6% ialah RM2.12.

Dalam contoh di atas, kita boleh mengira keuntungan menjual air tin dan margin yang berkenaan. Wujud perbezaan margin antara harga air tin dengan SST dan air tin dengan GST.

Menggunakan contoh yang sama, kita mengambil kira peratus margin dan jumlah untung kasar sebagai panduan. Ini menunjukkan situasi sekarang.

Adakah harga barang akan turun selepas SST dilaksanakan?

Jika peniaga mengekalkan margin untung 50%, kemungkinan harga air tin akan naik. Jika peniaga mengekalkan jumlah untung iaitu RM1, maka harga air tin kurang RM0.02 daripada harga dengan GST iaitu RM2.12.

Biasanya peniaga akan cuba sebaik mungkin untuk mengekalkan margin untung kasar. Ini disebabkan wujud kos tidak langsung yang berkemungkinan besar akan meningkat. Bukan sahaja disebabkan faktor SST/GST, malah faktor lain seperti inflasi, permintaan dan pembekalan dan lain-lain.

Please follow and like us:
Categories
GST

Glosari GST – Cukai Barang dan Perkhidmatan

Berikut senarai 10 glosari GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang biasa digunakan dalam pelaksanaan GST di Malaysia:

  1. GST – Goods and Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015. GST menggantikan Cukai Perkhidmatan dan Cukai Jualan.
  2. Kadar standard – Kadar GST di Malaysia bermula 1 April 2015 ialah 6 peratus. Ia mungkin berubah pada masa hadapan. Kadar ini dikenakan kepada semua jenis barang yang perkhidmatan selain daripada kategori barangan berkadar sifar atau dikecualikan cukai.
  3. Kadar sifar – Kadar GST 0 peratus untuk barangan yang disenaraikan oleh kerajaan. Barangan dalam kategori ini biasanya adalah barangan keperluan seperti makanan asas (beras, tepung, gula, minyak, roti putih, dll), ubat dan buku.
  4. Kadar dikecualikan – Pengguna tidak dikenakan GST apabila membeli atau menggunakan perkhidmatan di bawah kategori ini. Ada 10 kategori barang dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai iaitu tanah, logam untuk pelaburan, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan perubatan, tol dan jambatan bertol, perkhidmatan pengkebumian dan perkhidmatan pendidikan tadika dan taska.
  5. Cukai input – cukai yang ditanggung oleh peniaga keatas perbelanjaan dalam perniagaan mereka. Ia boleh dituntut dalam penyata cukai setiap bulan atau setiap tiga bulan.
  6. Cukai output – cukai yang dikutip oleh peniaga berdaftar keatas barangan yang berkadar standard. Cukai ini akan diserahkan kepada Kastam setelah ditolak cukai input, jika ada.
  7. Orang berdaftar – Atau registered person ialah orang yang mempunyai pendapatan melebihi RM500,000 setahun dan wajib mendaftar sebagai orang berdaftar di Kastam dan mengutip GST mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
  8. Penyata Cukai GST – Penyata cukai yang mempunyai maklumat pendapatan, perbelanjaan, cukai output dan cukai input dalam perniagaan orang berdaftar. Penyata cukai perlu dihantar setiap bulan atau setiap tiga bulan.
  9. Invois cukai – Invois yang dikeluarkan oleh orang berdaftar kepada pengguna. Invois ini mesti mempunyai maklumat yang dikehendaki oleh Kastam seperti no invois, nombor pendaftaran GST, jumlah GST dan kadar GST. Tanpa maklumat lengkap, invois berkenaan tidak sah dan tidak boleh digunakan untuk menuntut cukai input.
  10. Tempoh bercukai – Tempoh bercukai ialah tempoh yang diberikan kepada peniaga berdaftar untuk memfailkan penyata cukai. Peniaga berdaftar yang mempunyai pendapatan kurang RM5 juta dikehendaki memfailkan penyata setiap 3 bulan. Peniaga berdaftar dengan pendapatan melebihi RM5 juta dikehendaki memfailkan penyata setiap bulan.

Saya akan senaraikan 10 lagi glosari GST pada minggu hadapan.

Please follow and like us:
Categories
GST

Lima kelebihan menggunakan sistem POS bagi peruncit yang mendaftar GST

Pelaksanaan GST pada 1 April 2015 secara langsung menggalakkan peniaga menyimpan rekod dengan betul dan teratur. Bagi peniaga runcit, mereka dikehendaki untuk menggunakan sistem POS (Point of Sales) untuk mengeluarkan invois atau resit cukai.

Kastam memberi tempoh 6 bulan kepada peniaga runcit untuk memasang sistem POS di premis masing-masing. Peruncit dalam 6 kategori berikut wajib memasang sistem POS atau mesin daftar tunai untuk mengeluarkan invois cukai kepada pelanggan. Peraturan ini dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2015.

  1. Kedai peralatan perkakasan (hardware)
  2. Restoran termasuk kedai kopi
  3. Pasar mini dan kedai runcit
  4. Kedai buku
  5. Farmasi
  6. Pusat hiburan

Peniaga berdaftar GST yang menjalankan perniagaan selain daripada diatas boleh mengeluarkan invois cukai cetakan komputer atau sedia dicetak (pre-printed). Walau bagaimanapun, mereka amat digalakkan untuk menggunakan sistem yang memenuhi syarat GST.

Please follow and like us:
Categories
GST

Kursus Perakaunan GST oleh MATA

Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A) menganjurkan kursus perakaunan untuk GST di dua lagi lokasi iaitu Kota Kinabalu dan Johor Bahru. Kursus ini telah dianjurkan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kuala Terengganu pada bulan Jun 2015. Lebih 400 peserta telah menghadiri kursus selama dua hari.

Kandungan kursus:

  1. GST Zero Rate Supply Order 2014
  2. GST Exempt Supply Order 2014
  3. Explanation on Tax Codes
  4. How to prepare and submit GST-03 return
  5. GST Audit File

Tarikh kursus:

  1. Kota Kinabalu – 4 & 5 Nov 2015 di Le Meridien Hotel
  2. Johor Bahru – 24 & 25 Nov di Persada Johor International Convention Centre

Anda boleh mendaftar secara online atau muatturun borang pendaftaran kursus.

Anda akan menerima tiga buah buku percuma bernilai lebih RM200.

  1. Buku GST untuk Bisnes dan Peniaga oleh Norsa’adah Ahmad
  2. Malaysian GST Legislation Plus oleh Annie Chua
  3. Buku Bajet 2015 oleh M.A.T.A

Hubungi Cik Intan di 03-41499599 untuk maklumat lanjut.

Please follow and like us:
Categories
GST

GST Berfaedah Kepada Peniaga

Ulasan buku oleh Saudara Nizam Yatim di Utusan pada 28 Ogos 2015.

BUKU ini membincangkan me­ngenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang te­lah dilaksanakan oleh 160 negara di seluruh dunia.

GST yang merupakan sistem cukai berdasarkan nilai tambah ke atas barang dan perkhidmatan mula diperkenalkan di Perancis dan Monaco pada 1954.

Sehingga kini, sebanyak 53 negara Eropah telah melaksanakannya. Hanya dua negara sahaja di bawah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di benua itu yang tidak menjalankannya iaitu Andorra dan San Marino.

Selain daripada dua negara tersebut, 39 lagi negara anggota PBB tidak melaksanakan GST termasuk Amerika Syarikat, Arab Saudi, Maldives, Angola, Brunei dan Myanmar.

Lebih banyak negara kini sedang merancang untuk memperkenalkan GST termasuk Afghanistan, Bahamas dan Qatar.

Menurut penulis, antara faktor Malaysia melaksanakan GST mulai tahun ini adalah bagi mengatasi kelemahan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang menyebabkan berlakunya cukai bertindih.

Situasi berkenaan berlaku apabila cukai jualan diserap ke dalam harga barang dan kemudian sekali lagi akan dikenakan cukai perkhidmatan seperti yang dilakukan pengusaha restoran.

Minuman jus dalam kotak yang sudah dikenakan cukai jualan pada peringkat pengilangan akan dijual kepada pelanggan di restoran dengan tambahan cukai perkhidmatan.

Dalam pada itu, tulis penulis, kira-kira 300,000 peniaga yang layak mendaftar dengan GST mempunyai peranan cukup penting kerana mereka sebenarnya adalah ejen kutipan cukai bagi pihak kerajaan.

Selaras dengan peranan itu, peniaga harus peka terhadap skop percukaian, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di bawah GST.

Menurut penulis, GST dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan di Malaysia dan juga barangan import. Cukai berkenaan akan terpakai pada setiap peringkat pembekalan daripada pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Golongan peniaga yang cukup syarat tetapi mengelak daripada mendaftar dengan GST akan menghadapi risiko dikenakan penalti dan tindakan undang-undang.

Mengenai faedah pelaksanaan GST kepada peniaga, jelas penulis, duti eksport telah dimansuhkan selepas pelaksanaan cukai bentuk baharu itu bagi menggalakkan syarikat untuk memasarkan produk tempatan ke luar negara.

Faedah lain ialah mengurangkan kos perniagaan apabila cukai jualan yang dahulunya tidak boleh dituntut kini digantikan dengan GST yang boleh dituntut balik daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Selain itu, syarikat yang berdaftar dengan GST akan diberi bim­bingan bagi menambah baik sistem perakaunan mereka untuk memastikan setiap transaksi yang melibatkan cukai baharu itu disimpan dan direkod dengan betul.

Proses itu sangat penting kerana maklumat yang dijana menjadi rujukan untuk menyediakan laporan cukai kepada JKDM.

Ini menyebabkan syarikat perlu membuat perubahan dalam cara kerja mereka supaya menjadi lebih sistematik, memastikan pekerja lebih cekap dan mempunyai sistem perakaunan terkini yang bersifat mesra GST.

Bagi menyesuaikan dengan keperluan GST, syarikat juga perlu memodenkan prosedur perakaunan, kawalan stok, pengurusan aliran tunai, pentadbiran sumber manusia, sistem pengkomputeran dan menambah baik polisi syarikat.

GST menggalakkan sistem rekod yang tersusun supaya penyata cukai mudah disediakan. Rekod-rekod perakaunan dan fail yang tepat memberi maklumat yang berguna kepada peniaga.

Maklumat ini dapat digunakan untuk menganalisa jenis perbelanjaan syarikat dan tindakan yang boleh diambil untuk mengawal kos.

Peniaga yang berdaftar harus menaik taraf sistem perakaunan yang patuh GST dan tentunya ia memberi kesan positif kepada proses kerja dalam syarikat.

Prosedur standard harus dikaji semula terutamanya yang melibatkan pembekalan dan akaun peng­hutang, perbelanjaan dan akaun pemiutang, stok serta fail GST.

Kajian semula prosedur standard dan proses kerja akan meningkatkan kawalan dalaman syarikat dan mengurangkan risiko ketirisan pendapatan serta pembaziran kos.

Tambah penulis, tahap kemahiran pekerja khususnya di bahagian perakaunan dan kewangan dapat dipertingkatkan apabila mereka menyertai program latihan perakaunan dan GST oleh kerajaan.

Peruntukan geran juga disediakan kerajaan sebagai insentif kepada peniaga untuk menghantar pekerja bagi mendapat latihan mencukupi.

Antara faedah lain berdaftar bagi melaksanakan cukai baharu itu ialah peniaga dapat menyertai tender dan membekalkan barang serta perkhidmatan kepada syarikat besar yang pada masa depan cenderung meletakkan syarat mesti berdaftar dengan GST.

Please follow and like us:
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial