Categories
Buku

Kegagalan Sebagai Teman, Hikmah di Sebalik Kegagalan

Salah satu buku yang tersimpan dalam koleksi saya ialah buku Failing Forward oleh John C Maxwell. Saya mengambil peluang untuk membacanya semula sebelum dihantar kepada pemilik yang baru.

Tajuk buku ini sangat relevan dengan situasi sekarang. Buku ini sudah diterbitkan pada tahun 2000. Jika banyak buku menulis tentang kejayaan dan rahsia kejayaan, buku ini membincangkan tentang kegagalan. Hakikat kegagalan adalah ia satu proses ke arah kejayaan.

Saya tertarik dengan satu bahagian dalam buku ini, iaitu Embracing Failure as a Friend. Ya, sebenarnya kegagalan ini perkara yang berlaku setiap hari sama ada ia besar atau kecil. Oleh sebab itu, Maxwell menyarankan supaya kita berkawan dengan kegagalan.

Ini bukan bermaksud kita menjadi orang yang gagal. Tetapi kegagalan akan mendorong kita untuk maju ke hadapan, atau Failing Forward.

Setelah hampir 8 bulan berdepan pandemik yang belum berkesudahan ini, ternyata ini adalah zaman yang susah. Ramai orang menghadapi dan mengalami kesusahan. Malahan ada kehilangan kerja, tertekan, berdepan isu kesihatan mental dan bermasalah dalam perhubungan. Jadi, cerita kegagalan yang sering kita dengar setiap hari.

Dalam bab 10, John C Maxwell berkongsi tentang hikmah di sebalik kesusahan (Adversity):

1. Adversity creates resilience
Kesusahan menjadikan kita lebih tabah dan berdaya tahan. Mereka yang diberhentikan kerja tidak berputus asa dan cuba menjadi rezeki dengan cara lain untuk menyara keluarga.

2. Adversity develops maturity
Kesusahan mematangkan diri. Dalam zaman yang susah ini, pasti lebih banyak kesilapan atau kegagalan yang dialami. Namun, semua ini menjadi panduan hidup dan menjadikan diri lebih matang dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan.

3. Adversity pushes the envelope of accepted performance
Kesusahan mendorong kita untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik dan tidak berhenti pada status quo.

4. Adversity provides greater opportunities
Kesusahan membuka lebih banyak peluang. Dalam waktu susah, mungkin kita akan mendapat idea baru dan mencuba cara yang baru.

5. Adversity prompts innovation
Kesusahan menyuntik semangat untuk berinovasi. Kita akan berusaha untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berlainan. Contohnya, menghasilkan produk dengan kos yang lebih rendah dengan kualiti yang boleh diterima pelanggan.

6. Adversity recaps unexpected benefits
Kesusahan mungkin memberi manfaat yang tidak dijangka. Banyak bukti kepada inovasi sains dan penghasilkan teknologi bermula daripada kesilapan yang tidak dijangka.

7. Adversity motivates
Kesusahan meningkatkan motivasi diri. Apabila berdepan dengan kesusahan, manusia akan berusaha untuk belajar mengatasi masalah. Dalam proses mencapai kejayaan, kita akan mengalami kegagalan. Tapi itu bukan bermaksud, kita putus asa dan berhenti.

John C Maxwell merumuskan langkah untuk Failing Forward. Saya kongsikan di sini.

Langkah untuk Failing Forward:
1. Menyedari satu perbezaan besar antara orang biasa dan orang yang mencapai kejayaan.
2. Mempelajari makna baharu ‘kegagalan’.
3. Buang ‘saya’ daripada kegagalan.
4. Bertindak dan kurangi ketakutan anda.
5. Ubah respon anda kepada kegagalan dengan bertanggungjawab.
6. Jangan benarkan kegagalan luar menghantui diri anda.
7. Katakan selamat tinggal untuk semalam.
8. Ubah diri anda, dan dunia anda akan berubah.
9. Bangkit dan mula sayangi diri.
10. Cari hikmah di sebalik setiap pengalaman buruk.
11. Jika anda berjaya pada cubaan yang pertama, cuba sesuatu yang lebih mencabar.
12. Belajar daripada pengalaman buruk dan jadikan ia pengalaman yang baik.
13. Perbaiki kelemahan yang menjadikan anda lemah.
14. Fahami yang tidak banyak perbezaan antara kegagalan dan kejayaan.
15. Bangkit, maafkan diri, terus berusaha.

Buku Failing Forward oleh John C Maxwell
Please follow and like us: