• Saham

    Tiga Peranan Utama Neelofa sebagai Non Executive Director Air Asia

    Neelofa dilantik sebagai Non Executive Director (NED) Air Asia Berhad pada 8 Disember 2017. Pengumuman ini menjadi berita hangat di pasaran memandangkan status selebriti beliau. Pengikut Instagram Neelofa sahaja sudah melebihi 5 juta. Beliau juga seorang usahawan hijab dengan jenama Neelofar. Dikatakan jualan tudung Neelofar mencecah ratusan juta setahun. Pelantikan dan peletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah atau Pegawai Atasan sebuah syarikat berhadĀ adalah salah satu pengumuman penting yang mesti dimaklumkan kepada Bursa Malaysia. Orang awam khususnya pelabur mesti mengetahui sebarang perubahan dalam pengurusan syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia. Setiap syarikat mempunyai Lembaga Pengarah yang menjadi tunggak syarikat. Ahli Lembaga Pengarah mempunyai peranan besar dalam membuat keputusan melibatkan strategi, operasi dan…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial