Categories
Blog

Si Puspa

Puspa berputik dihembus pawana
Unggas berkicau pemecah sunyi
Setiap detik rasa terpana
Pabila dikau berada di sisi.

Awan mendung jentayu bersahutan
Hujan turun menyejuk bumi
Hati dirundung sayu merindukan
Jauh di mata dekat di hati.

Pohon cendana kukuh berdiri
Kayunya utuh jadi pilihan
Entahkan cinta entahkan benci
Dalam hati semakin rawan.

Johor Bahru.
6 Januari 2020

#writingpromptsjanuary

Please follow and like us:
Categories
Blog

31 Pencetus Idea Menulis di Blog Januari 2020

Selamat datang tahun baru. Dekad yang baru. Masa kanak-kanak, tak terfikir yang saya akan berada pada tahun 2020. Tapi ya, sekarang kita masih ada di sini. Di saat ini.

Apa nak tulis untuk tahun ini? Sahabat blogger kongsi kosa kata Melayu bagi unsur alam. Saya baca senarai 35 perkataan itu yang ditwit oleh @nrhanishh. Indah belaka. Kalau dapat kita jadikan puisi atau pantun atau cerita pendek, mungkin menarik. Selain itu, mempopularkan semula kosa kata Melayu yang jarang digunakan.

Apabila saya lihat semua kosa kata Melayu itu, nampak kaya bahasa kita dengan perkataan yang indah. Cuma sahaja, ia tidak lagi biasa dalam kalangan generasi milenium.

Berikut adalah senarai kosa kata Melayu unsur alam:

  1. Bianglala = Pelangi
  2. Cakraya = Burung
  3. Cemara = Ru, Casuarina
  4. Cendana = Pohon harum kayunya
  5. Cendera = Bulan, Dewa
  6. Gandasuli = Pokok harum bunganya
  7. Jaran = Kuda
  8. Jentayu = Burung berseru meminta hujan
  9. Kelemayar = Cahaya
  10. Kuda semberani = Kuda sakti (bersayap) boleh terbang
  11. Madukara = Lebah
  12. Malai = Untaian bunga-bunga
  13. Mandung = Ayam jantan
  14. Menjangan = Rusa
  15. Mergastua = Binatang liar
  16. Nundi = Monyet
  17. Nyiur nangkawati = Kelapa
  18. Paksi = Burung
  19. Pawaka = Api
  20. Pawana = Angin
  21. Pawitera = Air suci
  22. Petaka = Bencana
  23. Prahara = Taufan
  24. Pendapa = Ranting muda
  25. Puspa = Bunga
  26. Rajawali = Helang
  27. Segara = Lautan
  28. Selebu = Ombak besar
  29. Semendarasa wilis = Cempaka biru
  30. Serayu = Bunga
  31. Tagar = Guruh
  32. Taptibau = Burung malam
  33. Tuarang = Kemarau
  34. Unggas pergam = Burung merpati besar
  35. Wilmana = burung besar sebagai pengangkutan
Tangkap layar twit @nrhanishh

Boleh pilih 31 kota kasa yang mahu dijadikan pencetus idea untuk menulis di bulan Januari ini.

Selamat menulis. Jom meriahkan blog tahun 2020.

Please follow and like us:
Categories
Blog Resepi

Xinjiang Spicy Cumin Beef Stir Fry

Sejak akhir-akhir ini memang jarang memasak di rumah. Minggu lepas sahaja, saya berada di Kuala Lumpur untuk menguruskan beberapa perkara berkaitan Dua Penulis.

Hari ini pencetus idea yang diberikan ialah resepi. Jadi, saya buat keputusan untuk memasak satu hidangan yang berasal dari Xinjiang. Normi yang memberi resepi ini. Pertama kali Normi hidangkan lauk ini dimakan dengan nasi panas. Amboi… sedapnya.

Resepi ini Normi ubahsuai supaya hampir sama rasanya dengan lauk daging pedas yang dimakan dalam cuaca sejuk ketika dia dan Anie ke Harbin tahun lalu. Makanan pedas dalam musim dingin dengan suhu kurang 0 darjah celsius. Memang membangkitkan selera.

Saya kongsikan di bawah resepi asal yang Normi beri. Saya ada ubah sedikit kerana saya gunakan daging kambing yang sudah siap diperap. (Sebenarnya, saya beli lamb chumps di AEON Market. Ada ketulan daging kambing yang belum diperap. Tapi sejuk beku. Saya mahu masak segera.)

Xinjiang Spicy Cumin Beef Stir Fry

Lauk dan nasi. (Maaf, gambar kurang jelas.)

A. Perap (sejam atau seharian)
Saya gantikan dengan daging yang sudah siap diperap.
Jika beli daging yang belum diperap, gunakan bahan berikut:

  • 1/2 kg atau 400 gram daging atau kambing
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar stok ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam

B. Bahan untuk tumis

  • 1 biji Bawang Holland (hiris bulat kasar)
  • 1 biji lada benggala (potong-potong jangan nipis sangat)
  • 1/3 cawan chili flakes (*saya tak letak kerana tak mahu pedas sangat)
  • 1 sb halia yang dah tumbuk
  • 5 ulas bawang putih (hiris-hiris)
  • Sedikit brokoli (*saya tambah)
  • Sedikit cendawan hitam (*saya tambah)

C. Bahan campuran rempah (campur semua bahan ni)

  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar chilli flakes
  • 1 sudu kecil lada hitam kisar (*saya tak letak kerana kambing perap dah letak lada hitam)
  • 1/2 sudu gula

Caranya:

  1. Bahan perap dikeluarkan dan masukkan tepung jagung 2 sudu besar sampai semua daging bersalut. Kalau ada air dalam perapan, toskan dulu dan gaul dengan tepung jagung. (Saya hanya salutkan tepung jagung pada daging perapan yang saya beli tadi. Tak perlu perap lagi dengan bahan perap di atas.)
  2. Guna minyak sayur atau canola, masuk dlm 1/4 cawan dalam kuali atau non-stick pan. Api besar.
  3. Masukkan daging atau kambing yang dah diperap dengan bahan-bahannya. Ratakan daging di kuali. Jangan kacau atau kalih daging selama 40 saat. Lepas tu baru kalih. Jangan masak sangat. Dalam 70% daging tu nak masak, angkat letak dalam pinggan.
  4. Masukkan bahan-bahan untuk ditumis (bahan B). Masukkan bawang holland dulu, lepas tu halia, bawang putih dan chilli flakes (jika mahu pedas). Kemudian masukkan brokoli dan cendawan. Biar sekejap supaya brokoli lembut sedikit. Baru masukkan lada benggala. Tumis sampai layu sedikit. Jangan lama sangat, biar rasa rangup sikit untuk dimakan. Nak masuk sayur lain pun ok seperti kacang buncis atau lobak.
  5. Masukkan daging yang dah kita goreng mula-mula tadi. Gaul sekejap dan kemudian masukkan terus bahan campuran rempah (bahan C). Gaul-gaul sampai kita rasa macam dah masak ni. Yang penting, bawang dan lada benggala jangan sampai terlalu layu.
  6. Cuba rasa. Boleh tambah kicap cair/garam jika kurang masin.
  7. Hidang dengan nasi putih.

Writing prompt Ogos 2019: Resepi yang saya suka.
Anda boleh baca entri saya yang lain di sini menggunakan pencetus idea yang diberikan. Saya memulakan cabaran ini pada bulan Julai 2019.

Please follow and like us:
Categories
Blog

21 Pencetus Idea (Writing Prompts) untuk Ogos 2019

Saya tambah lagi 21 pencetus idea selain daripada 10 pencetus idea penulisan kreatif. Jumlah semuanya 31 pencetus idea (writing prompts) untuk entri blog bulan Ogos.

Pada bulan Julai kita dah berjaya menulis entri blog menggunakan 31 perkataan yang saya cadangkan. Malahan, ada rakan yang tidak mempunyai blog turut berjaya mendaftar blog baharu bagi tujuan ini. Tahniah.

Jadi, kita teruskan menulis untuk bulan Ogos 2019. Bulan ini istimewa kerana kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos. Boleh masukkan kisah tentang merdeka mengikut pencetus idea yang diberikan, jika suka.

Kali ini saya masukkan:
2 cabaran vlog
9 penulisan kreatif
1 puisi
3 perkataan berlawanan (vs)
1 resepi
1 entri bahasa Inggeris

Berikut senarai 21 pencetus idea untuk bulan Ogos 2019:

  1. Cerita tentang filem kegemaran anda.
  2. Kongsi resepi masakan yang anda suka.
  3. Senaraikan tiga Youtube Channel yang anda selalu tonton.
  4. Apa yang anda buat apabila marah?
  5. Perkara yang anda ingin lakukan tahun ini.
  6. Kongsi gambar dalam galeri telefon anda dan ceritakan tentang gambar itu.
  7. Tunai vs kad debit/kad kredit.
  8. Adakah anda memelihara kucing? Apa nama kucing kesayangan anda?
  9. Pakaian tradisional yang menarik minat anda. Pernahkah anda menggayakannya?
  10. Kenangan merdeka.
  11. Apakah kemahiran yang anda mahu belajar tahun ini?
  12. Kongsi gambar yang anda ambil hari ini dan ceritakan tentangnya.
  13. Perkara yang anda lakukan bersama kawan baik anda.
  14. Hang Tuah vs Hang Jebat.
  15. Cerita tentang siri tv kegemaran anda.
  16. Tell us about your fear and how do you cope with that fear.
  17. Vlog tentang tip yang anda mahu kongsi dengan pembaca. (contoh: tip fotografi).
  18. Cara yang anda lakukan untuk pelihara alam sekitar.
  19. Tulis satu puisi/sajak.
  20. Tulis tenang GOMO (Going Out More Often).
  21. Night owl vs early bird.

10 pencetus idea penulisan kreatif:

  1. Tulis kisah tentang watak yang bermasalah dengan arah dan sering sesat.
  2. Mulakan kisah dengan “Pada suatu hariā€¦”
  3. Anda pergi ke kedai kopi dan memesan minuman seperti biasa. Barista menyerahkan sesuatu kepada anda.
  4. Peristiwa sejarah yang anda mahu saksikan. Tulis kisah anda.
  5. Gambarkan Kota Melaka pada tahun 1511 daripada padangan seorang pelayar.
  6. Anda mengeluarkan resit lama daripada dompet. Salah satu resit itu mempunyai mesej.
  7. Tulis kisah dengan menggunakan sudut pandangan orang kedua iaitu ‘kau’ atau ‘kamu’.
  8. Tulis cerita pendek menggunakan dialog sahaja.
  9. Anda tinggal di kota yang sibuk dan sesak dengan trafik. Pada suatu pagi anda bangun dan suasana senyap sunyi.
  10. Vlog tentang buku atau novel yang anda baca bulan ini.

Selamat menulis.

Please follow and like us:
Categories
Blog

10 Pencetus Idea (Writing Prompts) Penulisan Kreatif

Saya mengikuti dan membaca semua entri blogger yang menyertai cabaran 31 hari menulis di blog. Hampir semua peserta berjaya menulis 70% entri sehingga hari ini. Masing-masing cuba sehabis baik untuk menulis satu entri setiap hari.

Cabaran yang dibuat untuk mendorong diri menulis nampaknya membuahkan hasil. Saya dapat melatih diri menulis setiap hari (ada juga berselang seli) secara konsisten. Saya dapat maklumat baru, sudut pandang baru dan cara persembahan yang tidak saya jangkakan daripada penulis atau rakan yang saya kenali.

Bagi bulan Ogos, saya mahu cuba cabaran penulisan kreatif. Saya mengumpulkan pencetus idea (writing prompts) daripada laman web Reedsy. Saya pilih 9 sahaja daripada lebih 500 idea untuk menulis. Saya ubah sedikit mengikut kesesuaian.

Penulisan kreatif boleh dihasilkan dalam bentuk cerpen, puisi atau dialog. Mahu hasilkan video atau vlog daripada pencetus idea? Mengapa tidak. Saya tambah satu tugasan vlog iaitu buku yang dibaca dalam bulan Ogos. Anda bebas berkarya menggunakan pencetus idea yang saya berikan.

Anda boleh jadikan penulisan anda berunsur misteri, romantis, jenaka, seram, thriller, jenayah atau umum.

10 pencetus idea penulisan kreatif untuk bulan Ogos 2019:

1 – Tulis kisah tentang watak yang bermasalah dengan arah dan sering sesat.

2 – Mulakan kisah dengan “Pada suatu hari…”

3 – Anda pergi ke kedai kopi dan memesan minuman seperti biasa. Barista menyerahkan sesuatu kepada anda.

4 – Peristiwa sejarah yang anda mahu saksikan. Tulis kisah anda.

5 – Gambarkan Kota Melaka pada tahun 1511 daripada padangan seorang pelayar.

6 – Anda mengeluarkan resit lama daripada dompet. Salah satu resit itu mempunyai mesej.

7 – Tulis kisah dengan menggunakan sudut pandangan orang kedua iaitu ‘kau’ atau ‘kamu’.

8 – Tulis cerita pendek menggunakan dialog sahaja.

9 – Anda tinggal di kota yang sibuk dan sesak dengan trafik. Pada suatu pagi anda bangun dan suasana senyap sunyi.

10 – Vlog tentang buku atau novel yang anda baca bulan ini.

Caranya:
Tempoh menulis 1 Ogos 2019 – 31 Ogos 2019.
Tulis cerita pendek berdasarkan pencetus idea yang diberikan.
Boleh tulis mengikut turutan sehingga siap 10 entri.
Panjang entri lebih 500 perkataan.
Disarankan tulis 2 – 3 entri seminggu.

Tidak tahu menulis cerpen atau menulis kreatif? Anda tidak keseorangan kerana saya juga kurang mahir menulis cerpen atau karya kreatif. Saya akan sediakan 31 pencetus idea untuk bulan Ogos 2019. Boleh pilih untuk gunakan pencetus idea yang disukai atau buat semua sekali. Hasilnya 41 entri di blog pada bulan Ogos 2019.

Selamat menulis.

Please follow and like us: