Categories
Pelaburan

Zakat untuk Saham

Kadar zakat perak sama seperti emas iaitu 2.5%. Kadar nisab sahaja perak ialah 200 dirham atau 595 gram.
Apabila cukup setahun simpan jongkong/wafer/syiling perak dan cukup nisab, maka zakat yang perlu dibayar ialah 2.5% daripada nilai perak.

Bagaimana pula zakat untuk saham?
Kadar zakat sama iaitu 2.5%.

Ada dua jenis pemegang saham iaitu pelabur dan ‘trader’. Pelabur biasanya beli saham dan kemudian pegang (hold), kemudian dapat dividen. Selain dividen, pelabur dapat untung modal apabila nilai saham meningkat.

Cara kiraan zakat:
2.5% x nilai pegangan saham

Nilai pegangan saham ialah kuantiti saham (unit) x harga saham seunit.

Ada dua pendapat menentukan harga saham yang perlu diambil kira sama ada harga saham pada hari akhir cukup haul (tempoh) atau harga paling rendah dalam tempoh itu.

Contoh:
Saham FGV (Felda Global Ventures)
Harga 30 Oktober 2015: RM1.736
Harga 1 November 2016: RM1.96
10,000 unit @ RM19,600 x 2.5%

Bagi ‘trader’, kiraan zakat dibuat berdasarkan keuntungan yang dibuat atas jual beli saham berkenaan.

Contoh:
Saham SIME
Harga 4 Oktober 2015: RM7.61
Harga 1 November 2016: RM8.06
2,000 unit saham dengan keuntungan RM900.

Biasanya ‘trader’ akan melakukan banyak transaksi jual beli sepanjang tahun. Jumlah keuntungan daripada semua aktiviti ini kemudian dikumpulkan dan dibayar zakat. Jika pelabur memegang saham syarikat yang membayar zakat atas pendapatannya, maka pelabur tidak perlu membayar zakat untuk pegangan saham ini.

p.s:
Siapa melabur dalam dua syarikat yang jual minyak sawit ini pada tarikh di atas, dah buat untung modal setakat semalam.
FGV: 12.9% (setahun)
SIME: 5.9% (dalam sebulan)

Please follow and like us:
Categories
Umum

Meraikan asnaf penerima zakat

Beberapa orang lelaki, wanita dan kanak-kanak duduk di bangku yang disediakan. Hampir tiada ruang kosong di bahagian luar pejabat kaunter Zakat.

“Adakah mereka golongan asnaf?” Saya bertanya kepada Yati.

Tak terkeluar pula soalan itu apabila saya berada di hadapan pegawai kaunter.

Mereka berpakaian sederhana sahaja. Kemungkinan besar mereka golongan yang layak menerima zakat.

Sebuah notis terpampang di dinding kaca pejabat kaunter.

“Hanya untuk pembayar zakat.”

Zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian daripada harta dan diberikan kepada yang layak. Ada dua golongan di sini. Pertama: Pengeluar (pembayar) zakat dan penerima (asnaf) zakat.

Tips:

Anda boleh membayar zakat terus kepada golongan asnaf asalkan menepati makna yang digariskan syariat. Boleh rujuk di laman web Majlis Agama atau Pusat Zakat. Atau melalui pusat zakat / amil yang ditauliahkan. Kutipan zakat dikumpul dan dibahagikan kepada lapan golongan asnaf.

Please follow and like us:
Categories
Umum

Zakat wajib atas harta anak kecil dan orang gila

Saya tertarik dengan satu artikel di Harian Metro dalam kolum Fardhu Ain pada 2 September 2014.

Artikel ini menyebut tentang kewajipan mengeluarkan zakat atas harta anak kecil apabila cukup syaratnya. Sumber menyebut Kitab Fiqah Mazhab Syafie ini berlandaskan hadith Nabi:

Sesiapa yang menjadi wali anak yatim dan menjaga hartanya hendaklah dia berniaga untuknya dan janganlah dia membiarkan harta itu begitu sahaja sehingga ia habis dimakan zakat.

Satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Syafie’ dalam al-Umm menyebit bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Niagakanlah harta anak yatim agar ia tidak habis ataupun dihabiskan oleh zakat.

Kesimpulan daripada kedua-dua hadis ini ialah:

  1. Sangat digalakkan untuk ‘meniagakan’ harta supaya ia tidak habis untuk membayar zakat sahaja. Maksudnya disini ialah supaya harta itu semakin berkembang dan lebih banyak zakat yang boleh dikeluarkan.
  2. Zakat adalah wajib keatas harta walaupun ia dimiliki oleh anak yang masuk kecil. Penjaga bertanggungjawab mengeluarkan zakat apabila cukup syaratnya.
  3. Penjaga harta anak yatim tidak boleh bersedekah secara sukarela dengan harta anak yatim.

Ulama merujuk kepada hadis ini untuk menjelaskan hukum zakat harta orang gila. Maka, zakat perlu dikeluarkan atas harta orang gila sepertimana hukum zakat harta anak kecil atau anak yatim. Zakat fitrah juga wajib dikeluarkan atas diri anak kecil dan orang gila.

Ulama membuat kesimpulan bahawa zakat bukanlah ibadah tubuh badan, ia lebih kepada ibadah keatas harta. Walaupun secara zahirnya, anak kecil dan orang gila tidak mempunyai kemampuan akal dan fikiran, zakat keatas diri dan hartanya wajib dilaksanakan apabila cukup syarat. Disinilah peranan penjaga atau wali yang amanah.

Please follow and like us: