Vlog atau video blogging ialah satu cara untuk berkongsi konten. Selain menulis, kita boleh merakam video dan kongsikan di Youtube atau Facebook.
Sebelum ini saya ada merakam video pendek semasa travel dan membuat FB Live ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tapi, sudah lebih 2 bulan tidak buat FB Live.
Jadi, video kali ini pendek sahaja.
Saya nak kongsi beberapa tip mudah untuk merakam video:
1. Fikirkan kandungan video yang hendak direkod
2. Tuliskan di atas kertas jika perlu, 3 hingga 5 isi penting sudah mencukupi untuk video berdurasi 5 minit
3. Jika ada mic, boleh gunakan untuk suara lebih jelas
4. Gunakan tripod jika ada. Jika tiada letak atas tempat yang stabil
5. Cakap seperti biasa
6. Dah siap
Video tak semestinya dibuat dengan menghadap kamera. Boleh buat video seperti Emila Yusof tentang jurnal travel yang dihasilkan. Selamat vlogging.
p.s: Hanya satu sahaja vlog, perkataan lain boleh tulis blog. Jom cuba.
#julyblogpostchallenge #31julyblogpost
Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.
Baca entri sebelum ini
Doa, Nama, Surat, Hujan, Mimpi, Melancong, Matahari, Buku
One reply on “Vlog”
Sama-sama! 😊