• Resepi

    Epok-epok Inti Kentang dan Telur & Cara Mengelim Karipap

    Epok-epok atau karipap, salah satu kuih kegemaran saya. Epok-epok nama lain karipap. Biasa orang Johor memang tahu jika kita sebut kuih ini epok-epok. Tidak hairan jika nama kuih ini berbeza-beza mengikut tempat. Di Sepanyol, kuih ini dikenali sebagai empanada. Jika mahu citarasa antarabangsa, kita buat empanada ala Malaysiana. Intinya boleh dipelbagaikan. Boleh gunakan bahan seperti kentang dan daging atau ayam. Inti sardin juga ramai peminatnya. Bagi yang sukakan inti lemak manis, boleh gunakan ubi keledek. Epok-epok terkenal sebagai hidangan yang savouri atau orang kampung saya kata berperisa sedikit pedas. Ia sejenis kuih tradisional yang versatil. Jika mahu gunakan inti cendawan dan ayam seperti inti pai ayam juga tiada masalah. Kita…

  • Umum

    Cerita tentang Makanan dan COVID-19

    1. Mungkin dalam tempoh 6 bulan hingga setahun tak digalakkan berhimpun atau berkumpul beramai-ramai. Jika keadaan belum pulih, nampaknya pesta buku tak sesuai diadakan Julai nanti. 2.Sejak MCO/PKP ini, nak tak nak kenalah masak di rumah. Sebenarnya dah lama juga tak makan makanan pedas. Sekarang, menu pedas kembali seperti asam pedas, ayam masak paprik dan lain-lain. Tak sia-sia beli cili kering. Dah dua kali mengisar cili. 3.Adik buat kerja di depan, saya buat kerja di dapur. Salah satu habit duduk di dapur ialah buka peti ais. Tau dah memang isinya sama saja, makin berkurang adalah… tapi buka peti ais sebab tak kan nak duduk saja. Sekejap2 kena bangun juga. 4.Minggu…

  • Umum

    Adakah Bazar Ramadan tahun ini?

    Masuk hari ke-17 PKP. Bagaimana keadaan anda setakat ini? Sudah boleh menyesuaikan diri dengan rutin baharu berada di rumah? Saya harap kita dapat terus bertahan dan mengelakkan keluar sekiranya tiada keperluan. Insya Allah, 21 hari lagi kita akan bertemu Ramadan. Bulan yang mulia dan semestinya Bazar Ramadan mungkin tidak sama lagi seperti tahun-tahun yang lalu. Wabak COVID-19 ini belum lagi nampak tanda-tanda akan reda. Malahan KKM menjangkakan ramai yang akan dikesan positif COVID-19 apabila langkah aktif dibuat oleh Kementerian Kesihatan. Buat masa ini, kita perlu bersedia dan berlapang dada dengan kemungkinan tiada Bazar Ramadan seperti selalu. Kita mesti membiasakan diri dengan menyediakan makanan sendiri di rumah. Ikut kemampuan masing-masing dan…

  • Umum

    Sebuku Roti untuk Setiap Keluarga

    Hari demi hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini sudah mula menjadi biasa kepada kita. Kita terima hakikat keperluan untuk berada di rumah bagi menjaga maslahat diri dan orang di sekeliling kita. Bagi petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis dan angkatan tentera, mereka keluar menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab. Sepanjang tempoh dua minggu, saya keluar dua kali untuk membeli barang di pasar raya berhampiran. Prosedur masuk ke pasar raya lebih ketat pada kali kedua. Ambil masa sedikit dan tidak ramai yang dibenarkan masuk. Jika sebelum ini saya membeli barang dalam kuantiti sedikit kerana boleh kerap keluar. Tapi ketika MCO saya berbelanja lebih daripada biasa. Saya ada membeli barang…

  • Umum

    5 Cabaran Bekerja Dari Rumah (Work From Home) Semasa COVID-19 dan Cara Mengatasinya

    Bekerja dari rumah bukan hal yang mudah bagi mereka yang sudah biasa keluar setiap pagi, lima hari seminggu ke pejabat atau tempat kerja. Rutin harian pasti berubah apabila kerajaan mengarahkan tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order yang bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Semalam (24 Mac), Perdana Menteri mengumumkan PKP dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020. Ini bermaksud ada tiga minggu lagi untuk duduk di rumah. Tujuannya bagi membendung penularan COVID19 dan melandaikan graf lengkuk jumlah pesakit wabak ini. Walaupun kerajaan baru melaksanakan PKP minggu lepas, ada beberapa kenalan saya yang sudah mula bekerja dari rumah. Majikan mengeluarkan arahan lebih awal apabila didapati ada…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial